![]() |
9 Sept – Kali ini bertemakan konsep ceria, jenama pakaian terkemuka, Giordano tampil dengan rekaan terbaru hasil kerjasama bersama Disney di dalam menghasilkan koleksi pakaian untuk musim bunga dan luruh bertemakan Disney.
Koleksi ini boleh didapati di seluruh cawangan di Malaysia, Singapura , China dan juga Hong Kong. Memaparkan gaya keremajaan, groovy dan urban sensasi, dengan jiwa anak muda ianya menterjemahkan cita rasa fesyen masa kini.
Menerusi koleksi ini, Giordano mengetengahkan warna hitam dan putih dengan menggunakan rekaan polka dot, jalur dan juga karakter Disney yang terkenal iaitu Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Goofy dan juga Pluto.




Best Travel Stories