16 Mei – Larangan untuk membuat konsert Lady Gaga di Jakarta telah mengundang kejutan kepada pihak penganjur kerana banyak pihak media kini mahu mengetahui kesasihan perkara tersebut.
"Kami masih lagi belum menerima sebarang kenyataan lanjut mengenai perkara ini, buat masa sekaran saya tidak boleh mengulas lanjut berkaitan perkara tersebut. Kehadiran pihak media kesini agak mengejutkan kerana kami masih belum menerima apa-apa berita dari pihak polis, ujar Pegawai Korporat Big Daddy, Hanny Marpaung ketika ditemui KapanLagi.com di Menara Panin, Jakarta pada Selasa yang lalu.
Sementara itu, pihak penganjur memohon sokongan daripada semua pihak agar apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar.
"Kami minta sokongan agar semua berjalan lancar. Kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pelarangan konsert Lady Gaga secepat mungkin. Terima kasih," jelas Hanny.


