Kopi baik untuk kesihatan & kecantikan

2 Okt - Kopi? Hmmm... Perkara pertama yang akan terbayang, pasti aromanya yang begitu istimewa sehingga mampu membuatkan setiap pencinta kopi tergila-gilakannya. Kononnya, secangkir kopi panas dikatakan mampu membangkitkan semangat.

Walaubagaimanapun, jangan sangka kelebihan kopi hanya pada haruman serta rasanya sahaja kerana ia juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Bukan hanya lidah kamu sahaja yang ketagihan dengan cita rasa kopi, kulit juga ingin menikmati khasiat di sebaliknya

Kopi memiliki kandungan pH yang hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai balancing astringent. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanfaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.

Kopi juga dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada mengantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan

Malah kafein juga dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk sentiasa rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak.

Pada masa sama, kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal.

Dalam bidang kecantikan pula,rawatan lulur menggunakan serbuk kopi sebelum mandi sememangnya sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yang sering dilakukan. Serbuk kopi kasar digosokkan ke kulit tubuh terlebih dahulu dan kemudian barulah mandi. Kopi dipercayai dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga kulit tetap segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu kembali semula dan semakin banyak diterapkan di spa-spa sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan dan untuk kecantikan kulit.

  • Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat Tue, Jun 18, 2013 6:11 PM MYT
    Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat

    Beg digayakan mengikut keadaan, situasi dan bergantung kepada personaliti seseorang individu. …

  • Lawan penuaan dengan buah-buahan
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Lawan penuaan dengan buah-buahan Tue, Jun 18, 2013 5:33 PM MYT
    Lawan penuaan dengan buah-buahan

    Lawan penuaan dan kulit gelap akibat faktor semulajadi dengan buah-buahan. …

  • Serlahkan kecantikan bibir
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Serlahkan kecantikan bibir Tue, Jun 18, 2013 5:11 PM MYT
    Serlahkan kecantikan bibir

    Serlahkan kecantikan bibir anda untuk tampak lebih muda dan mungil. …

  • Family: Country singer Slim Whitman dies at age 90
    TERRY SPENCER - Associated Press
    Family: Country singer Slim Whitman dies at age 90 33 minutes ago
    Family: Country singer Slim Whitman dies at age 90

    MIAMI (AP) — Country singer Slim Whitman, the high-pitched yodeler who sold millions of records through ever-present TV ads in the 1980s and 1990s and whose song saved the world in the film comedy "Mars Attacks!," died Wednesday at a Florida hospital. He was 90. …

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi. …

  • Mengapa wanita suka lelaki lebih muda

    Tidak sedikit orang yang mencebik apabila Yuni Shara dan Raffi Ahmad menjalin hubungan cinta. Ini kerana usia pasangan kekasih itu yang jauh berbeza. Padahal, wanita menjalinkan hubungan dengan lelaki yang lebih muda bukanlah perkara baru. …

  • Lawan penuaan dengan buah-buahan
    Lawan penuaan dengan buah-buahan

    Lawan penuaan dan kulit gelap akibat faktor semulajadi dengan buah-buahan. …

  • Penyanyi Faizal Tahir ‘digam’?

    ADAKAH berita mengenai penyanyi dan komposer, Faizal Tahir digam sebuah stesen TV swasta tempatan sahih? …