Kos perkahwinan Che Ta & Zain Saidin RM1.2 juta

Kos perkahwinan Che Ta & Zain Saidin RM1.2 juta

25 Nov – Pasangan popular Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal menjadikan perkahwinan mereka sebagai "Wedding Of The Year 2013" selepas menerima tajaan sebanyak RM1.2 juta untuk hari bahagia mereka tidak lama lagi.

"Saya terharu apabila banyak pihak sudi menaja hari bahagia kami dan pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang sudi menaja majlis berinai, akad nikah dan resepsi kami," ujar Zain kepada Harian Metro.

Tambah Zain, dia juga akan memberi wang hantaran berjumlah RM100 ribu kepada bakal isterinya itu.

Pelakon berusia 29 tahun itu turut memberitahu dia akan memberi RM100 ribu kepada Rozita, 40, sebagai wang membeli-belah kerana ingin melihat bakal isterinya itu gembira dan berpuas hati apabila dapat membeli apa sahaja yang diingininya.

Sebelum ini , pasangan itu telah membelanja lebih RM200 ribu untuk membeli barang hantaran di luar negara iaitu di Paris dan London.