8 Ogos – Aktres Kristen Stewart telah diharamkan dari hadir ke majlis premiere "Cosmopolis" yang akan diadakan di New York pada 13 Ogos ini.
Menurut laporan daripada Radaronline, Robert Pattinson dikhabarkan akan muncul buat pertama kalinya di khalayak selepas lama mengasingkan diri selepas mendapat tahu kecurangan yang dilakukan oleh teman wanitanya itu.
Pihak produksi "Cosmopolis" telah memberi arahan kepada staf keselamatan untuk tidak membenarkan Kristen berada di karpet merah dan juga pada majlis selepas premiere "Cosmopolis" berlangsung.
"Staf keselamatan telah diberikan arahan supaya Kristen tidak boleh berada di karpet merah atau after party,"ujar satu sumber.
"Keputusan ini diambil adalah kerana Robert masih tidak mahu menemuinya, dan mereka bimbang jika Kristen akan menggunakan premiere ini untuk berjumpa dengan Robert dan drama seperti itu tidak diinginkan berlaku di premiere ini," tambah sumber tersebut.
Sementara itu, walaupun Kristen diharamkan dari hadir ke premier filem Pattinson, namun kedua-dua mereka ini dijangka akan hadir pada promo filem "The Twilight Saga's Breaking Dawn Part II".
Sebelum ini, Ketua Pemasaran Summit Entertaiment, Nancy Kirkpatrick berkata, skandal kecurangan Kristen tidak akan mempengaruhi promosi "Breaking Dawn 2".
"Pihak studio kami tidak akan memberi sebarang komen terhadap kehidupan peribadi pelakon-pelakon kami, dan kami akan terus menjalankan promosi filem "The Twilight Saga's Breaking Dawn Part II" hingga November ini," kata Nancy.


