9 Ogos – Bekas pelakon realiti televisyen 'Laguna Beach' dan 'The Hills' , Kristin Cavallari, 25, selamat melahirkan anak lelaki pada pagi Rabu lalu.
Menurut laporan daripada Foxnews, pengumuman rasmi telah dibuat oleh Kristin sendiri di laman Twitternya.
"Kami teruja menerima kelahiran Camden Jack Cutler ke dunia, dia lahir seberat 3.4 kg. Semua orang di dalam keadaan yang baik,"ujarnya.
Jay Cutler merupakan ayah kepada bayi tersebut merupakan pemain bola sepak Amerika iaitu Chicago Bear.
Kristin Cavallari dan juga Jay Cutler, 29, telah mengikat pertunangan pada tahun 2011 namun mengambil keputusan untuk membuat haluan masing-masing pada musim panas yang lalu. Pasangan ini kembali bersama beberapa bulan selepas itu.


