19 Ogos – Antara strategi promosi yang dilakukan untuk filem "Resident Evil: Retribution", aktres kelahiran Harbin China, Li Bingbing akan datang ke Malaysia.
Majlis tayangan yang dijangka dilakukan pada 7 September bertempat di TGV Sunway Pyramid merupakan kali pertama aktres popular ini datang ke Malaysia.
Majlis bermula dengan sesi temubual bersama Li bermula dari jam 6 petang, diikuti dengan tayangan filem IMAX yang memperkenalkan efek digital canggih.
Selain itu, peminat Li dan Resident Evil juga berpeluang memenangi tiket wayang serta barangan terhad filem tersebut.
Ini merupakan kali pertama Li berlakon dalam filem Hollywood yang mana beliau pegang watak Ada Wong.
Di bawah arahan W.S Anderson, filem "Resident Evil: Retribution" dibintangi Milla Jovovich yang memainkan watak utama Alice, Michelle Rodriguez, Oded Fehr, Kevin Durand dan Sienna Guillory.
Filem ini juga akan diriliskan pada 13 September di Malaysia.


