Selepas lebih tiga bulan melayari bahtera rumah tangga dengan Yusry KRU, pelakon Lisa Surihani memberitahu kehidupannya berjalan normal seperti pasangan berkahwin yang lain. Tidak ada yang kurang, atau bertambah. Kesibukan mereka berdua dengan karier masing-masing, namun diselamatkan oleh kesefahaman bersama kerana berada dalam satu bidang yang sama.
Jika punya masa terluang, beritahu Lisa, mereka akan sebolehnya mengisi kualiti masa bersama seperti breakfast atau dinner sebelum sibuk menjalani rutin harian masing-masing.
Malah jika mahu mencari sifat baru atau tabiat suaminya yang barangkali disorok saat zaman mereka bercinta sebelum ini, itu pun tidak ada. Semuanya berjalan seperti sedia kala.
"Memang ada sifat baru atau tabiat Yusry yang saya tidak tahu sebelum berkahwin. Setakat hari ini, Yusry masih orang yang sama saya kenali sewaktu bercinta dulu. Walaupun dia nampak seperti seorang yang serius, tapi sebenarnya dia sangat kelakar. Dia juga sangat pembersih, tertib. Ya, tak ada apa yang berubah," katanya tentang sikap lelaki yang kini menjadi pelengkap hidupnya.
Gambar-gambar perkahwinana Yusry dan Lisa Surihani
Belum hamil dan mengaku dia serta Yusry bukan jenis yang merancang keluarga, mereka bersedia menerima rezeki tersebut jika diizinkan Tuhan.
Tambah Lisa lagi, Yusry sebaliknya juga masih menjadi seorang lelaki yang sama - yang tidak pernah menghalang dia untuk maju dan terus aktif dalam dunia seni.
Katanya: "Yusry tak pernah halang saya untuk terus jadi pelakon. Dia tak kisah. Cuma secara peribadi, saya sendiri yang ingin menjadi lebih selektif terhadap apa yang sedang saya kerjakan."
Lisa menjelaskan definisi selektif baginya selepas berkahwin adalah dia tidak mahu mengulang bawa karakter yang sama agar khalayak melihat variasi dalam setiap lakonannya. Dia juga merancang hanya mahu muncul dalam dua atau tiga buah filem sahaja setahun dengan karakter yang tidak serupa. Sementara untuk muncul dalam drama, kata Lisa, dia masih menunggu perbincangan selanjutnya dengan pihak Astro.
Namun dalam diam, Lisa punya harapan besar. Katanya kalau boleh dia mahu Astro memberi dia peluang untuk menjadi hos, bidang yang selalu dekat di hatinya.
"Kalau boleh nak buat talkshow," katanya lagi sambil menegaskan ia bukan disebabkan Yusry melarang dia berlakon, sebaliknya ia adalah kehendak diri sendiri.
Bercakap tentang perkembangan terkini, pelakon yang pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) itu kini memberitahu dia sedang sibuk di lokasi penggambaran filem seram pertamanya, Dendam Orang Mati.
Memegang watak Lena, seorang wanita yang baru tersedar dari koma namun menghidap amnesia dan telah diburu oleh misteri 'hantu', Lisa menyifatkan karakter tersebut sebagai salah satu karakter paling mencabar yang pernah digalas olehnya.
"Pada mulanya saya takut untuk membawa karakter ini kerana ia banyak bermain dengan emosi, namun saya harus mencabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa," katanya tentang filem arahan Jason Chong tersebut.
Lisa Surihani: "Yusry tak sorok tabiat!"
By Kleopatra Zachariah | Yahoo Newsroom – Tue, May 8, 2012 3:53 PM MYTComments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.
- Shila Amzah nasihatkan Afiq Muiz supaya insaf
Penyanyi Shila Amzah telah menasihati rakannya Afiq Muiz supaya tidak mengabaikan keluarganya.
- Science proves women can't resist a man with a guitar. Swoon
You know you shouldn't fancy that penniless musician who still lives with his mum in the hope that one day he'll make it big – but he did write you that song. Be still our beating hearts. Science has proven that it's not our fault. Women are genetically wired to love a man with a guitar. French researchers at the University of Bretagne-Sud and the University of Paris-Sud sent a fittie with a guitar out into the streets to see how many phone numbers he could get from women aged between 18-22.
Today on Yahoo!
Today's Headlines
- Afghanistan's Karzai seeks Indian military aid amid tensions with Pakistan
- Syria army 'launches assault on rebel-held Qusayr'
- After PKR’s MB kerfuffle, Selangor DAP now disputes exco list
- ‘Utusan’: Tiada iklan AirAsia sehingga Azran Rani Omar minta maaf
- As taps run dry, Subang Jaya rep demands usage data from SYABAS

