26 Jul - Pelakon Johan As'ari mengakui luahan cinta yang dibuatnya di laman Twitter peribadinya baru-baru ini ditujukan kepada aktres Nabila Huda.
Dipetik daripada laporan mStar, Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari memberitahu, luahan cinta yang dibuatnya itu menggambarkan perasaannya terhadap pelakon wanita tersebut.
"Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.
"Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih.
"Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum," ujarnnya.
Jelas pelakon berusia 26 tahun ini, dia meletakkan ungkapan cinta itu sebagai satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas berkahwin.
Ketika ramai yang mempersoal tindakannya meletakkan entri itu, Johan memberitahu dia tidak menyesal dengan tindakannya itu kerana baginya itu adalah satu tanda penghargaanya kepada Nabila yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.
Dalam perkembangan lain, Johan akan muncul dalam drama "Shahadah Cinta" di TV Al-Hijrah dan "Oh Haram Tu" di TV3 pada September depan.


