Malaysia syurga makanan Dato' Jimmy Choo

21 Jun - Pereka kasut bertaraf dunia, Dato' Jimmy Choo atau nama sebenar Choo Yeang Keat mengakui beliau tetap menggemari makanan yang ada di Malaysia. Beliau turut memberitahu durian adalah buah yang paling dia tidak dapat lupakan jika berada di luar negara.

Selepas menjual separuh daripada sahamnya dalam syarikat Jimmy Choo, dia kembali menjadi jurucakap dalam pembuatan kasut yang terletak di London. Namun begitu, beliau masih tetap meluangkan masa bersama keluarganya yang menetap di Malaysia dan merasai kenikmatan dan kelazatan makanan yang ada disini.

Jimmy memberitahu bahawa beliau gemar tinggal di Ritz-Carlton Residences yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur kerana ia dikelilingi oleh pusat membeli belah terkenal seperti YTL'S Starhill Gallery, Lot 10 dan Pavilion yang mempunyai banyak kedai makanan lazat-lazat, dan paling digemari beliau adalah untuk makan di Lot 10 Hutong Food yang menawarkan lebih dari 20 kedai makanan yang menjual makanan pelbagai variasi untuk dipilih.

"Sebelum ini sukar untuk mencari negara yang menjual pelbagai makanan di satu-satu tempat, namun di Malaysia anda boleh merasai pelbagai jenis makanan dari negara yang berbeza di satu tempat yang sama di mana ianya hanya ada di Malaysia,"kata Jimmy.

Selain dari Lot 10, tempat kegemaran Jimmy Choo jika berkunjung di Malaysia adalah di Bangsar yang terletak hanya 10 minit dari Kuala Lumpur.

"Bangsar merupakan tempat yang cantik dan membangun, walaupun sedikit terganggu dengan masalah kesesakan lalu lintas namun makanan yang berada disana menyebabkan saya tidak kisah untuk menempuh kesesakan lalu lintas pada masa-masa tertentu."

"Di Jalan Telawi khususnya, terdapat banyak penggemar makanan di sana dan terdapat kedai kecil yang menjual makanan lazat.Ia merupakan pengalaman yang menguntungkan jika berkunjung ke Malaysia."

Antara rekaan kasut Jimmy Choo yang telah dipakai oleh selebriti terkenal Hollywood dan menjadi kegemaran mereka adalah Katie Holmes, Kim Kardashian dan pernah menjadi kasut kegemaran mendiang Puteri Diana suatu ketika dahulu.

  • Macaron atau Macaroon?
    Armani Shahrin - Tupai
    Macaron atau Macaroon? 10 hours ago
    Macaron atau Macaroon?

    Tiba masanya untuk mengetahui perbezaan di antara Macaron dan Macaroon.

  • Aiskrim untuk sarapan pagi?
    Armani Shahrin - Tupai
    Aiskrim untuk sarapan pagi? 10 hours ago
    Aiskrim untuk sarapan pagi?

    Nikmatilah sarapan pagi yang sihat tetapi enak dengan kreatif.

  • Maskara kekal selama 72 jam
    Siti Munawirah Mustaffa - Tupai
    Maskara kekal selama 72 jam Sun, May 19, 2013 10:26 AM MYT
    Maskara kekal selama 72 jam

    Maskara yang diperbuat dengan menggunakan teknologi 'PermaHold' ini boleh kekal di bulu mata selama 72 jam.

  • Witness: AEG spent $24 million on Jackson concerts
    ANTHONY McCARTNEY - Associated Press
    Witness: AEG spent $24 million on Jackson concerts 21 minutes ago
    Witness: AEG spent $24 million on Jackson concerts

    LOS ANGELES (AP) — An accounting executive for AEG Live LLC testified on Monday that the company spent $24 million producing Michael Jackson's ill-fated "This Is It" concerts.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.