![]() |
12 Okt – Sebagai penyumbang kepada tarikan Legoland Malaysia, Mall of Medini yang baru sahaja dibina bersebelahan taman tema tersebut bakal menjadi sebuah destinasi antarabangsa yang berlokasi di Johor.
Dijayakan oleh Nusajaya Lifestyle Sdn Bhd, kompleks tersebut adalah hasil ilham yang didapati dari pusat rekreasi bertaraf global seperti Americana, The Grove dan Universal Citywalk di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Selain berseronok di taman tema Legoland, pengunjung juga boleh membeli-belah dan menikmati pelbagai makanan dan minuman beraneka jenis di Mall of Medini.
Di samping melengkapi Legoland dengan persekitarannya yang elegan serta meriah, lokasi strategik di tengah Nusajaya memudahkan mereka yang datang dari Johor Bahru, Bukit Indah dan Singapura.
Buat masa ini, nama-nama seperti KFC, Manhattan Fish Market, Royal Selangor, Penang Village, Kaki-Kaki Reflexology, Polo Haus, Al-Ikhsan, Tutti Frutti, 1901, myNews.com, Blackball dan banyak lagi sudahpun memenuhi ruang kompleks tersebut.
Mall of Medini dibuka pada jam 9 pagi sehingga 9 malam dan beralamat di No 4, Lebuh Medini Utara, Medini Iskandar Malaysia, 79200 Nusajaya, Johor.




Best Travel Stories