9 Okt – Aktres Bollywood, Mallika Sherawat enggan memberikan apa-apa komen apabila dia dikaitkan dengan aktor Hollywood, Antonio Banderas baru-baru ini. Walaupun perhubungan Antonio Banderas dan isterinya Melanie Griffith berada di ambang perpisahan, video mesra Antonio yang sedang menari bersama Mallika Sherawat sudah tersebar.
Difahamkan, video tersebut diambil selepas Festival Filem Cannes pada Mei lalu yang memperlihatkan mereka sedang berparti di sebuah kapal peribadi milik jutawan Microsoft, Paul Allen. Menurut sumber, aksi tarian Mallika dan pelakon berusia 51 tahun itu agak panas di hadapan beberapa rakan-rakan terdekat yang lain.
"Saya tidak mahu komen apa-apa, malah saya juga tidak fikir saya akan berkahwin sampai bila-bila pun. Saya mengatakan ini kerana saya rasa perkahwinan adalah suatu isu yang cukup lapuk.
"Saya lebih suka jadi solo. Mengapakah saya mahu mengorbankan perasaan sayang peminat terhadap saya demi kerana perkahwinan," soalnya.
"Saya terlalu sibuk menjayakan penggambaran filem di dalam dan di luar negara, terbang ke sana sini dan menikmati kehidupan ini,' katanya lagi,
Tarian mesra antara Mallika dan Antonio mengundang persoalan adakah mereka mempunyai hubungan yang istimewa. Mallika turut memberitahu bahawa dia juga tidak pernah memikirkan lelaki bagaimana yang dia inginkan.


