Advertisement

Manggis bagus untuk kesihatan

Manggis bagus untuk kesihatan

5 Mac – Tahukah anda buah manggis sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan? Selain dapat menyejukkan badan daripada panas selepas memakan durian, manggis juga mempunyai banyak manfaat terutamanya kulitnya.

Buah manggis mengandungi sejenis fitonutrien yang kuat iaitu Xanthone. Xanthone dikenali sebagai antioksida yang mampu meneutralkan radikal bebas iaitu penyebab penyakit degeneratif seperti jantung, strok dan kanser.

Xanthone boleh memberi kesan positif kepada fungsi badan menjadi lebih sihat. Ia bermanfaat menghalang proses degenerasi sekaligus merangsang regenerasi sel rosak sehingga menjadikan awet muda.

Kulit buah manggis mengandungi xanthone 27 kali lebih banyak daripada isi buahnya. Kandungan antioksida dalam kulit manggis 66.7 kali lobak dan 8.3 kali limau.

Buah manggis boleh digunakan untuk mengubati buasir, keputihan, tonsil, cirit birit, batuk dan sakit gigi manakala kulitnya pula baik untuk memelihara kesihatan kulit, merawat sembelit, sakit mulut dan kejang.