![]() |
Bersempena bulan Ramadhan ini, tiga buah hotel telah mengajak selebriti-selebriti tempatan untuk sama-sama mempromosikan juadah berbuka yang dihidang secara buffet. Di samping dapat menikmati makanan tradisi Melayu yang enak bersama para artis, harga yang ditawarkan juga berpatutan. Terdapat beberapa promosi buffet yang menarik untuk dipilih oleh anda.
"Selera Kampung bersama Jaafar Onn" di Checkers Café, Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur
![]() |
Bertemakan "Selera Kampung bersama Jaafar Onn", promosi yang dijayakan bersama pelakon popular Jaafar Onn ini sudahpun bermula sejak 17 Julai dan akan berakhir pada 18 Ogos 2012 dari jam 7 malam sehingga 10.30 malam. Harga yang ditawarkan adalah hanya RM80.00 seorang. Bagi warga emas yang berumur lebih daripada 55 tahun dan kanak-kanak berumur 4-12 tahun, mereka akan diberi potongan harga sebanyak 50%.
Dengan harga yang berpatutan, anda dapat menikmati pelbagai juadah tradisional Melayu seperti gado-gado, kerabu nangka muda, pasembor Penang, kerabu udang su'un dan juga sambal tradisional seperti sambal belacan, budu, cencalok dan sambal tempoyak. Antara hidangan utama yang disajikan adalah balitong masak lemak cili padi, pari masak asam pedas, sambal tumis udang petai, kerutup daging, bubur lambuk, nasi bokhari, udang masak tomato, ikan keli masak tempoyak dan macam-macam lagi. Sebagai pencuci mulut pula, Hotel Dorsett Regency sedang mempromosikan kek baru yang dinamakan Kek Budaya Dorsett. Untuk pengetahuan anda, menu Ramadhan akan bertukar setiap hari bagi memberikan variasi kepada anda untuk dipilih.
"Sajian Tradisi bersama Dee" di Quality Hotel, Kuala Lumpur
![]() |
Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Quality Hotel Kuala Lumpur sekali lagi akan mengadakan promosi buffet berbuka puasa bersama Dee, iaitu pelakon komedi popular "Jangan Ketawa". Promosi yang bermula dari 21 Julai lalu menyajikan menu masakan tradisi Melayu dengan harga yang menarik iaitu hanya RM65.00 bagi dewasa dan RM35.00 untuk kanak-kanak.
"Buffet Ramadhan" di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya
![]() |
Setelah menjuarai pertandingan MasterChef Selebriti baru-baru ini, Dato' Fazley Yaakob akan menjadi chef jemputan di Hotel CyberviewResort & Spa yang terletak di Cyberjaya selama tiga bulan. Jika anda mengikuti rancangan televisyen tersebut, pasti anda mahu mencuba masakan beliau. Fazley turut akan membuat penampilan khas di hotel itu pada hari Jumaat dan Sabtu.
Dengan harga RM79.00 seorang, anda boleh menikmati sajian tempatan dan juga antarabangsa seperti tauhu sumbat, acar rampai, bubur lambuk, kerabu dan ulam, nasi arab berlaukkan daging kambing, ikan bakar dan air asam, dim sum dan juga BBQ.






Best Travel Stories