Advertisement

Masker mayonis baik untuk kulit kering?

Masker mayonis baik untuk kulit kering?

18 Nov - Kebanyakan wanita sanggup menghabiskan wang ringgit untuk tampil kelihatan lebih cantik dan jelita. Kulit yang halus dan lembut merupakan syarat utama agar wanita mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Jika kulit kering dan tiba-tiba bermasalah, mereka sanggup melakukan apa sahaja cara untuk memulihkannya, sehinggakan sanggup untuk menggunakan produk mahal.

Eh, sekejap. Mengapa anda perlu menghabiskan wang ringgit untuk membeli produk yang mahal jika anda hanya boleh menggunakan bahan semula jadi. Anda boleh menggunakan mayonis sebagai masker muka. Ya, betul. Anda tidak salah membacanya. Anda disarankan menggunakan masker mayonis untuk membuatkan kulit lebih halus dan lembut.

Adakah ianya berbahaya? Sudah tentu tidak. Mayonis diperbuat dari bahan semula jadi seperti telur, minyak zaitun dan air lemon. Semua bahan tersebut sangat baik untuk wajah.

Cara menggunakannya:

1. Keluarkan mayonis dari peti sejuk dan biarkan dahulu untuk menormalkan suhunya

2. Ambil mayonis ikut kehendak anda untuk digunakan pada wajah anda

3. Sapukan mayonis pada wajah anda selama kira-kira 20 minit

4. Bilas dengan air sejuk dan keringkan dengan tuala bersih

Selepas penggunaan, anda boleh merasakan kulit wajah anda yang halus dan lembut. Masker ini sangat bagus untuk orang yang mempunyai kulit normal dan kering. Dengan pemakaian yang teratur seminggu sekali, anda akan memilik kulit yang lembut dan anjal. Selamat mencuba!