![]() |
11 Ogos – Mereka yang terlalu sibuk bekerja sampaikan tidak sanggup bangun dari kerusi kini tidak perlu risaukan perut yang lapar lagi. Dengan adanya McDelivery secara online, pelanggan boleh mendapatkan BigMac hanya dengan menaip papan kekunci komputer.
Perkhidmatan terbaru Mc Donald's Malaysia ini hanya terdapat di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Namun, kawasan lain juga boleh menikmati perkhidmatan tersebut, bergantung kepada permintaan orang ramai.
Untuk membuat sebarang pesanan, pelanggan perlu pertama sekali mendaftarkan diri mereka di laman sesawang www.mcdelivery.com.my. Setelah mengaktifkan akaun, pilihan boleh dibuat berdasarkan menu yang sedia ada.
McDelivery berkhidmat selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.



Best Travel Stories