Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Misteri mistik di sebalik filem 'Bunohan'

    Filem 'Bunohan' akan mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 8 Mac 2012. 'Bunohan' menjadi sebuah filem yang dinantikan oleh ramai penggiat dan peminat sinema seluruh negara. Filem yang dibarisi oleh para pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Amerul Affendi, Nam Ron dan Husairi Hussien ini diarahkan oleh Dain Said yang juga merupakan pengarah filem  kontroversi ‘Dukun’ suatu ketika dulu.

     Amerul Affendi depan rumah prop yang menjadi rebutan orang bunian

    Seperti filem ‘Dukun’ yang tidak lekang dengan kisah-kisah misteri, filem 'Bunohan’ ini juga menyimpan beberapa kisah mistik di sepanjang pembikinannya.

    Perkara ini diakui dan dikongsi oleh dua pelakonnya Zahiril Adzim dan Amerul Affendi pada satu pertemuan. Ternyata banyak cerita mistiknya melanda penggambaran filem kedua arahan Dain Said ini.

    “Filem ini paling mencabar di sepanjang karier saya sebagai seorang pelakon. Sebab saya terpaksa berhadapan dengan banyak set penggambaran yang mempunyai seribu kisah mistik. Sangat menakutkan, tapi saya anggap ini sebuah cabaran,” ujar Zahiril Adzim, sebaik ditanya tentang pengalamannya.

    Amerul Affendi ketika menceritakan sebuah kejadian di salah satu lokasi berhampiran tasik hijau di Setiu, kelihatan agak resah apabila cuba mengimbas kembali detik penggambaran yang dilaluinya.

    “Tasik tu memang banyak mistik. Masa tiga orang krew membina pondok untuk tujuan shooting scene  saya, Zahiril dan Nam Ron, ada budak kecil yang datang entah dari mana dan berbual dengan mereka tentang hal-hal ghaib di kawasan tu.

    Katanya, dah banyak orang yang mati dekat situ. Kemudian bila hampir Maghrib,budak tu masuk ke dalam tasik dan hilang,” cerita Amerul dengan penuh berhati-hati.

     

    “Tapi yang paling cemas, masa hari shooting. Masa tu seorang sahabat saya yang juga bertugas sebagai koreografer bagi aksi Lawi Ayam, nampak banyak makhluk ghaib mengelilingi penjaga konti dan ingin membawanya ke dalam tasik. Setelah berbincang secara ghaib, rupanya masa tu penjaga konti tu dalam keadaan tidak suci. Pada hal, dari awal sudah dimaklumkan oleh sahabat saya syarat-syarat dari ‘penjaga’ tempat tu untuk shooting di situ. Masa tu semua orang rasa lain macam, suasana pun jadi seram sangat-sangat. Tambah pula masa dah hampir Maghrib. Tapi alhamdulillah, setelah sahabat saya terus berbincang dengan makhluk di situ, semua kembali aman dan kami beredar tanpa hal yang buruk berlaku.” sambung Amerul lagi.

    Zahiril yang hanya banyak berdiam diri dalam pertemuan itu, kemudiannya menceritakan hal yang berlaku  pada hari yang lain di set yang sama, di mana seorang dari krew yang terlibat telah muntah darah sebaik pulang dari lokasi.

    “Kecoh juga tempat penginapan kami senja tu. Sampai production terpaksa minta Amerul telefon sahabat yang tahu tentang hal ghaib tu untuk datang. Kebetulan masa tu, sahabat kami tu baru pulang ke KL malam sebelum kejadian. Jadi dia terpaksa datang balik ke Terengganu untuk selesaikan masalah tu. Rupanya krew tu ada mengambil satu cawan purba di kawasan tasik semasa penggambaran,” cerita Zahiril.

    Apabila ditanya mengenai kejadian-kejadian mistik lain yang berlaku di sepanjang proses penggambaran filem ini, kedua-dua pelakon berbakat ini mempunyai satu jawapan yang sama, “Banyak”.

    Filem ‘Bunohan’ sebelum ini telah menerima pelbagai pengiktirafan di luar negara. Tayangan perdana antarabangsa ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011 dan Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse pada bulan Oktober 2011. Ia juga telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Palm Springs dan tayangan perdana Eropah di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang berprestij pada Januari 2012.

    Universal Pictures bertindak sebagai pengedar filem Bunohan di peringkat antarabangsa.

    Pada 8 Mac 2012 ini, penantian penggemar filem tempatan terhadap kemunculan filem ini di layar perak akan tercapai.
     

    78 comments

    • jayasena  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  23 days ago
      Cerita menarik tapi i tak faham bab saka & budak kecil tu.Sayang sekali ramai rakyat malaysia tak melihat gambar ini.Faizal Hussein---watak kau memang brutal!
    • Maria  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  28 days ago
      Dah tengok. Memang best. Cuma kebanyakan penonton di Malaysia mungkin masih belum boleh terima filem macam ni.
    • JUDIN  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  1 month 6 days ago
      bunohan adalah satu nama tempat di kelantan dekat dengan wakaf baharu n pengkalan kubur sana.....kalau nak tahu semua...
      tempat tu memang ramai org thailand
    • nik  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  1 month 6 days ago
      Bkn stakat xbest...xtau apo namo yg nak dia crito
    • 'izzuddin  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  1 month 7 days ago
      bunohan bosan
    • Mazwin  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  1 month 8 days ago
      kat kg kawe tu..
    • Muhamad Naufal  •  1 month 13 days ago
      membe ak cte bunohan xbest
    • zainudin  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  1 month 13 days ago
      cerita banyak metafora....pening kepala di buatnya....berat 66
    • nurul  •  1 month 14 days ago
      baru je tgk crita ni..macam xfaham sket dgn kanak-kanak yg bersuara garau tu dengan wanita tu..apa kaitan dia ek..confius!!
    • Faed  •  Tebrau, Johore  •  2 months ago
      aku akan nenantu kemunculan mu...........
    • MUHAMMAD  •  Johor Baharu, Johor  •  2 months ago
      " penjaga konti dlm keadaan tak suci?" Kalau pompuan aku paham ler...Kalo laki? Kantoi taaak mandi wajib
      • Kak Pah 2 months ago
        LOL
      • chulax12 2 months ago
        HAHAHAHA......LAWAK2
      • wunk 1 month 8 days ago
        yea, gitulah agaknya. lol
    • Jent  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  1 month 9 days ago
      yang nak tgok tu tngok je la..yg xmo tgok tu xpayah.
      komen panjang lebar tu saje nak tunjuk bodo je sbenr nye.
      cite2 luar korang spport plak..beli tiket panggong,
      beli dvd dn laen2.
      cite tmpatan yg seakan2 cite hollywood ni korang nak jatuh2kan .
      adnan sempit 2,cam gampang.
      tpi korang minat kan?
      ape motif korang tgok cite sbenar nye?
      • wunk 1 month 8 days ago
        kan? paling tidak, pilem ni dpt dijual di peringkat antarabangsa. jgn jd pilem lawak bodow mc mJidin Sengal n yg sewaktu dgnnya, nk jual kt luar negara mmg x laku nyer. nama pilem pong dah sengal. lol
      • Karl Firdaus 16 days ago
        mmg org melayu belum boleh berfikir ngan matang ... masih nk tonton filem curi laki org ..... kawen 4 .... dengki mendengki.... menangis nangis .... org melayu masih lg nk tonton filem kelakar tapi tak kelakar ... cakap pekik pekik terjerit jerit ... bila melayu nk maju oiiii ..... ????
    • Ejay  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  2 months ago
      ape la korang ni... BUNOHAN ni sebuah NAMA TEMPAT/KAMPUNG di Selatan Thai/Utara Malaysia (sempadan, klu tak silap), filem ini berkisarkan tentang kisah adik beradik, di mana Faizal Hussein dlm filem ini, adalah seorang HIT MAN (Pembunuh Upahan), yg ditugaskan membunuh sesiapa saja. Kampung itu dipanggil BUNOHAN, kerana di sana pernah terjadi banyak kes2 BUNUH/BUNOH. Dan kampung itu MEMANG WUJUD. Konflik movie ini ialah bilamana Faizal Hussein, terpaksa berhadapan dgn ADIKNYA SENDIRI. So movie ini takde kena mengena dgn cerita hanta atau TAHYUL. Korang lain kali sebelum kasi komen, at leastlah selidikilah dulu latar belakang movie ni sebelum buka mulut. Takdelah nampak sgt KEBODOHAN komen2 korang dlm ni.
      • Zamri 1 month 14 days ago
        selidik la dulu latar belakang sebelum buka mulut xdelah nampak sgt kebodohan....bunohan bukan kt utara tp kt pantai timur ler.kt kelantan
      • AHMAD 1 month 13 days ago
        tgk 5 min..nak comment panjang lebar..mmg la x akan paham..sbb 2 komen2x diaorg..ngarot2x
      • Izumi Bunk 1 month 12 days ago
        dia ckp thailand tu utara malaysia..bukannya kampung bunohan tu kat utara..aduh...kau pun satu..bunohan tu di setiu, terengganu..bukan kelantan...
    • raja izwan  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  2 months ago
      BUNOHAN ni, bukan cerita hantu atau seram daaaaa....rencana kat atas ni, pasal kejadian2 mistik yang berlaku sepanjang penggambaran di lokasi lokasi tertentu filem ni....adoyaiiiii....lain kali, baca la dulu pasal cerita ni, baru la kritik......tak pun, cuba faham dulu rencana kat atas...ni la sikap masyarakat...main BUH je....tak cuba nak faham n study dulu....
      • A Yahoo! User 1 month 14 days ago
        ntah...bengong,bkn citer antu...kaji dlu sblum ckp,jgn cpt sgt nk mnyalak
    • Yussrah  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  2 months ago
      cerita ni mantap. kalau tak takkan menang kat luar sana. tgk dulu. tak nak tgk tak yah menyalak macam anjing.
    • Chucky  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  2 months ago
      woi orang bawah bawah ni bukan cerita hantu laa, ini cerita lawan lawan bunuh bunuh! baru gore! hahaha
      dan ini bukan film tipikal malaysia mcm anak haslam dan razak mohaideeeen atau yang sewaktu dengannya.
    • Malaysia Bersatu  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  2 months ago
      FILEM TAHYOL YANG AKAN MELEMAHKAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ORANG MELAYU
    • metaroyal  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  2 months ago
      heh ! ye ye kelapa...ko buat sendiri,tgk sendiri..
    • Mohammad Faiz R  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  2 months ago
      Oh...seramnyer...takmau la tengok...takoot..hahaha
    • aulia' ashraf  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  2 months ago
      Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. (Al-Jinn 72:6)

      Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun; (Al-Jinn 72:26)

      Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Dia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). (Al-Jinn 72:27)

      Begitu juga pembuat filem ni.. Filem jenis ini selalu menggambarkan kekuasaan makhluk mengatasi kekuasan Khaliq. Menyebar ketakutan ketas makhluk yang tidak berkuasa langsung ke atas manusia. Semoga kamu (Penggiat Filem) mendapat rahmat, hidayah dan membuat filem2 yang lebih menguntungkan agama dan masyarakat.

    Most Popular

    • Prince William, Kate dress up for UK Olympic team
      Prince William, Kate dress up for UK Olympic team

      Prince William and the Duchess of Cambridge have dressed to the nines to support the British Olympics team at a gala dinner.

    • 4-minute 'The Amazing Spider-Man' super preview hits the web

      A ‘super preview' of 'The Amazing Spider-Man' was premiered on the US television show 'America's Got Talent' on 14 May.

    • Top 10 diet foods that can make you fat
      Top 10 diet foods that can make you fat

      You’ve cut back on chocolate, chucked out the biscuits and raided your nearest health food store, so why aren’t you losing those pounds? Unfortunately, even with the best intentions, you could be sabotaging your weight loss with the wrong foods. They might look and seem healthy, but that’s not always the case. Check out the top 10 diet foods that could pile on the pounds.

    • Oscar Leung accused of rape
      Oscar Leung accused of rape

      Hong Kong TVB actor has been rumoured to be involved in a rape case

    • Lady Gaga gagged in Indonesia after Islamic opposition
      Lady Gaga gagged in Indonesia after Islamic opposition

      JAKARTA (Reuters) - Pop star Lady Gaga has been refused a permit to perform in the Indonesian capital next month over security concerns, police said on Tuesday, after Islamic groups voiced strong objections to her "vulgar" style. Three Islamic groups have expressed their opposition to the concert on June 3, demanding it be stopped, national police spokesman Saud Usman Nasution said by telephone. Indonesia, a secular state, has the world's largest population of Muslims as well as significant minorities …