14 Apr – Disebalik khabar angin yang mengatakan hubungan cinta diantara aktres Luna Maya dan vokalis kumpulan Peterpan, Ariel sudah putus. Ariel kini dikatakan sedang bercinta dengan penyanyi dari kumpulan Geisha iaitu Momo.
Namun menurut laporan Wowkeren, Momo atau nama sebenarnya Narova Morina Sinaga memberitahu bahawa jika dia mahu bertemu dengan Ariel di penjara Kebon Waru, Bandung, pasti dia akan memberitahu Luna terlebih dahulu.
"Saya dan Luna baik-baik saja. Saya sudah minta izin. Pernah juga saya dan Luna berbincang antara kami, dan dia tahu saya kesana untuk berjumpa dengan Ariel."ujar Momo ketika ditemui di Studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, Khamis.
Pada masa sama, Momo menegaskan bahawa tujuannya bertemu dengan Ariel adalah untuk merancang tentang projek muzik mereka, dan pihak Luna juga menyokong kerjasama antaranya dan Ariel.
Penyanyi berusia 25 tahun ini turut memberitahu bahawa Ariel sering ketawa apabila mendengar khabar angin yang mengatakan mereka bercinta.
"Memang saya tidak ada apa-apa hubungan dengan Ariel. Nak cakap apa lagi. Kami ketawa sahaja,"ujar Momo.
Momo dan Ariel akan berkolaborasi bersama dalam lagu "Cobalah Mengerti"dan mereka telah pun membuat penggambaran video klip namun kelibat Ariel tidak kelihatan di lokasi penggambaran.


