Nabila Huda dan anak terbabit dalam kemalangan jalanraya


BENAR kata pepatah, malang tidak berbau.

Pelakon Nabila Huda dan anaknya Keisha terbabit dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Karak petang semalam.

Nabila sedang dalam perjalanan pulang selepas menjayakan sebuah program anjuran Astro di Kuantan.
Selain anaknya, pelakon itu turut ditemani oleh pelakon baru, Syazwan Zulkifly.

Apabila berita mengenai kemalangan tersebut mula disiarkan di laman sosial, pelbagai andaian dan tanggapan dibuat oleh pelbagai pihak. Ada di antara peminat yang mengatakan Keisha telah tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu oleh Syazwan.

BACA:
Amy Search yakin Nabila Huda akan berubah
Nas-T mahu Nabila Huda jadi kekasih
Nabila Huda terlalu seksi?

Apabila berita mengenai kemalangan tersebut mula diuar-uarkan di laman sosial, pelbagai andaian muncul. Ada peminat yang mengatakan Keisha telah tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu Syazwan.

Namun, berita itu ternyata tidak sahih kerana ketika kejadian berlaku Keisha berada di dalam kereta.


Nabila yang mengalami kecederaan ringan hanya mendapat rawatan pesakit luar.

Bekas suaminya, Zaidy Zailani telah bergegas ke hospital sejurus mendapat perkhabaran mengejutkan itu dan berada di sisi Keisha sejak malam tadi. 

Zaidy turut berkongsi foto-foto yang dirakamkan dengan anaknya yang comel itu untuk tatapan peminat di laman Instagram. Salah satu foto menunjukkan Keisha sedang berehat a dengan tangan yang berbalut akibat keretakan kecil.

Terharu dengan doa dan ucapan dari peminat dan teman rapat, Zaidy turut memaklumkan keadaan Keisha yang hanya mengalami keretakan pada tangan kirinya.

Zaidy turut mengesahkan yang keputusan pemeriksaan prosedur CT Scan anaknya adalah positif.

Zaidy turut berkongsi di laman Twitter yang Keisha akan dibenarkan pulang ke rumah hari ini dan … ‘baru saja bangun dan sedang asyik menonton televisyen’

Usaha Yahoo Malaysia untuk mendapatkan komendaripada Nabila dan Zaidy serta ahli keluarga terdekat untuk perkembanganterbaru masih belum berhasil. Apa pun, kami mendoakan agar Nabila dan Keishacepat sembuh.

Lihat juga: