25 Jun – Seorang wanita bernama Nata Naritha telah membuat satu pengakuan mengejutkan industri hiburan di Indonesia apabila mengaku pernah tinggal sebumbung bersama bekas vokalis kumpulan Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir.
Menurut laporan yang dipetik dari KapanLagi, Nata berkata dia telah terpedaya dengan janji manis penyanyi berkenaan sehinggakan sanggup untuk tinggal bersama Sammy walaupun tanpa ikatan perkahwinan.
"Dia pernah berjanji mahu berkahwin dengan saya nanti tapi itu semua hanyalah sekadar janji,"ujar Nata.
Nata yang pernah terlibat dalam filem "Pacar Hantu Perawan" itu mengakui dia mempunyai bukti kukuh mengenai hubungan mereka dan telah menunjukkan foto-foto mesranya bersama Sammy walaupun penyanyi tersebut menafikan hubungan mereka.
Jelas Nata lagi, foto-foto tersebut adalah sebahagian kecil yang ada dalam simpanannya, dia turut mengakui bahawa dia mempunyai banyak lagi foto-foto panas yang dia enggan mendedahkan lagi buat masa ini.
"Ada gambar lain yang 'terbuka' tapi selepas memberitahu keluarga saya untuk didedahkan, mereka kata jangan," ujarnya.


