7 Feb – ND Lala menegaskan bahawa dia mahu anaknya dan Sharnaaz Ahmad menjaga perkara penting dalam menjalinkan hubungan cinta, iaitu agama dan adat. Sebagai bapa, dia merasakan dirinya sangat bertanggungjawab kepada anak perempuannya itu.
"Saya akan dipersoal oleh Allah di akhirat nanti. Oleh sebab itu daripada awal lagi, saya menegaskan bahawa dua perkara itu perlu dipegang, bukan 'berang' seperti yang dilaporkan atau dianggap ramai pihak bila bercakap hubungan Shila-Sharnaaz ini," ujarnya kepada sebuah portal hiburan tempatan.
"Terus terang saya katakaa saya tidak selesa apabila asyik diminta oleh pihak media untuk mengulas berhubung kisah cinta anak saya kerana bagi saya, masa depan dan karier Shila yang perlu difokuskan kerana banyak peluang yang ada di depannya baik di dalam negara mahu pun di peringkat antarabangsa dalam bidang seni suara ini."
BACA: Shila Amzah mohon maaf kepada peminat
BACA: Sharnaaz kepada ND Lala: 'Jadilah seperti seorang lelaki'
BACA: ND Lala berang dengan tindakan Sharnaaz
BACA: Sharnaaz tetap mahu merisik Shila Amzah
Dalam pada itu, ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, berkata dia akan beri penjelasan tidak lama lagi kerana buat masa ini dia mahu kumpulkan dahulu semua pertanyaan yang media mahukan. Apabila tiba masanya, dia akan beri jawapan kepada semua persoalan itu.



Best Travel Stories