Neelofa rimas dikatakan bercinta dengan Hans Isaac

31 Okt– Pelakon dan pengacara rancangan Nona, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor rimas apabila seringkali diajukan soalan bekaitan kisah peribadinya dan mengaitkan nama aktor tempatan, Hans Isaac dengan dirinya.

Terbaru, Hans Isaac telah menyatakan kisah perhubungan yang pada mulanya hanya sebagai seorang kawan namun kini telah menjadi lebih serius.

Namun untuk mengelakkan sejarah mungkin berulang, Hans Isaac tidak lagi mahu berkongsi sepenuhnya kisah peribadinya kepada umum.

"Sudah lebih 20 tahun saya berkongsi rahsia peribadi saya kepada semua. Bermacam kisah saya kongsi. Mungkin kali ini saya mahu mengambil sikap berdiam diri dan lihat sahaja ke mana arah hubungan ini pergi.

Berbalik kepada Neelofa pula, apabila ditanya apakah perasaannya kini setelah mendapat tahu Hans mengakui hubungan bersamanya di tahap serius, Neelofa tidak memberikan kata pasti lantas memberitahu kenyataan Hans telah disalah erti oleh pihak wartawan. "Ketika ditemuramah pihak wartawan, saya ada bersamanya dan saya tahu apa yang dia cakap (Hans).

"Setelah membaca kenyataan yang ditulis di surat khabar tersebut saya terkejut kerana apa yang dicakap Hans ketika itu berlainan dengan apa yang ditulis."

Baca di sini: Neelofa dan Anzalna kini kawan baik

Baca di sini: 'Saya tidak mudah menangis'

Ujar pelakon filem "Azura 2012" ini lagi, dia menganggap Hans antara rakan baiknya sahaja dan memberitahu bahawa jika ada kelapangan, memang dia akan hubungi Hans untuk keluar bersama. Apabila diminta memberi komen mengenai pengakuan jujur yang dibuat Hans, Neelofa enggan memberi komen lebih lanjut dan rimas apabila seringkali ditanyakan dengan persoalan yang sama.

"Saya tidak mahu bercakap lebih mengenai hubungan ini. Saya kadang-kadang malas nak layan apabila orang tanya perkara yang sama kerana saya rasa perjalanan karier lebih penting berbanding kisah peribadi individu."

Dalam perkembangan lain, Neelofa telah diberi kepercayaan untuk mengacara sebuah majlis berprestij terbitan TV3 iaitu Anugerah Skrin 2012 yang bakal berlangsung pada 9 November ini bersama Awal Ashaari.

Baca di sini: Anzalna dakwa Neelofa hiris perasaan

  • Keluar dengan solekan minimum
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Keluar dengan solekan minimum 19 hours ago
    Keluar dengan solekan minimum

    Mungkin ramai berpendapat seseorang selebriti itu perlu sentiasa berdandan dan kelihatan cantik, namun ada berfikiran sebaliknya.

  • Baskin Robbins' Movie Popcorn
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Baskin Robbins' Movie Popcorn Fri, May 17, 2013 5:33 PM MYT
    Baskin Robbins' Movie Popcorn

    To all popcorn and ice cream lovers, the time for a combination of the two has come! The folks at Baskin Robbins have managed to mix your favourite movie snack with your favourite frozen dessert into their new Movie Theatre Popcorn flavor, which is also their flavour of the month! The Movie Theatre Popcorn ice cream tastes like corn-flavoured ice cream, but with a crunchy kick to it. It is described as vanilla ice cream blended with popcorn, swirled with a savory caramel ribbon, and loaded with

  • Chanel lancar minyak wangi termahal
    Siti Munawirah Mustaffa - Tupai
    Chanel lancar minyak wangi termahal Thu, May 16, 2013 5:33 PM MYT
    Chanel lancar minyak wangi termahal

    Jenama terkemuka yang berasal dari Perancis ini telah melancarkan minyak wangi berharga lebih RM12,000.

  • Lotto fever strikes US as jackpot swells
    Carlos Hamann - AFP News
    Lotto fever strikes US as jackpot swells 44 minutes ago
    Lotto fever strikes US as jackpot swells

    Americans by the droves plunked down cold cash Saturday for a chance at fulfilling their most feverish dream: winning the $600 million Powerball lottery jackpot.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.