7 Feb – Undangan artis sensasi Korea Selatan, Psy, ke Malaysia oleh parti Barisan Nasional pada 11 Februari nanti telah menimbulkan rasa bingung Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat yang nampaknya tidak mengenali Psy dan jantina sebenarnya itu.
Menurut sebuah akhbar tempatan, Sin Chew Daily, pemimpin PAS itu meminta agar penyanyi "Gangnam Style" itu menutup auratnya ketika ingin membuat persembahan nanti.
"Dalam bahasa apa dia menyanyi?" tanya Menteri Besar Kelantan itu, seperti yang dipetik dari portal MalaysiaKini.
BACA: Penyanyi muda ditahan atas dakwaan merogol kekasih
BACA: Zarina Anjoulie ditangkap kerana memiliki dadah
Setelah mendapat tahu asal usul Psy, Nik Aziz berasa pelik mengapa ramai yang mendengar lagunya walaupun dinyanyikan dalam bahasa yang tidak difahami. Beliau juga berasa khuatir akan mesej yang cuba disampaikan dalam lagu penyanyi itu serta kesannya terhadap golongan muda tempatan.
Perbelanjaan besar yang digunakan untuk membawa masuk penyanyi Korea Selatan itu turut dipersoalkan oleh Pemimpin PAS itu yang berpendapat bahawa wang tersebut boleh digunakan untuk memajukan artis tempatan.



Best Travel Stories