![]() |
20 Sep – Penyanyi Ning Baizura memberitahu bahawa dia bakal melancarkan wangian jenamanya sendiri tahun hadapan.
"InsyaAllah tahun hadapan saya bakal lancarkan wangian jenama saya sendiri," ujar Ning yang ditemui pada satu sidang media pengesahan rasmi status kehamilannya di Restoran Bijan, Kuala Lumpur, semalam.
Walaubagaimanapun, Ning, 37, tidak mengulas dengan lebih lanjut berhubung pelancaran wangian jenamanya itu lagi, dan meminta menunggu sehingga satu sidang media rasmi diadakan.
Ning yang popular dengan lagu "Awan Terpilu" ini turut memberitahu bakal mengadakan konsert bagi menyambut ulang tahun ke - 20 sebagai anak seni pada tahun hadapan.
"Tahun depan saya akan sambut ulang tahun ke - 20 saya dalam industri muzik dan insyaAllah saya merancang untuk mengadakan konsert solo, namun ia masih diperingkat perancangan,"
Sementara itu, Ning juga bakal membuka studio rakamannya sendiri pada bulan depan di Petaling Jaya.




Best Travel Stories