12 Okt – Selepas mengakui sudah berpisah dengan kekasihnya Bubu, kisah cinta pelakon sensasi Indonesia, Syahrini banyak menimbulkan tanda tanya yang mahu tahu punca perpisahan mereka itu.
Baru-baru ini telah timbul satu khabar angin yang mengatakan punca pasangan ini putus kerana Bubu didakwa mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Sumber terdekat kepada pelakon "Baik-Baik Sayang" ini memberitahu detikHot wanita yang didakwa mempunyai hubungan dengan Bubu itu berasal dari Malaysia.
"Dia (Bubu) mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita berasal dari Malaysia. Syahrini sangat kecewa apabila mendapat tahu kecurangan yang dilakukan Bubu," kata sumber itu.
Sementara itu, adik kepada Syahrini yang juga merupakan pengurusnya, Aisyahrani memberitahu bahawa dia tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi kakaknya itu.
"Saya tak nak masuk campur soal percintaan Syahrini dan tak mahu ulas apa-apa tentang itu," katanya.


