Osman Ali tidak risau dilabel berani

Bukan mudah untuk memuaskan hati setiap pihak. Itulah yang boleh digambarkan situasi yang terpaksa dihadapi oleh pengarah tempatan terkenal, Osman Ali.

Berbekalkan semangat dan juga keazaman yang tinggi dalam bidang pengarahan, Osman Ali tanpa pandang ke belakang terus melakar sejarah dengan karya-karya yang membanggakan ini, termasuklah filem terbarunya, "Jiwa Taiko" di pawagam bermula 14 Jun 2012.

Ikuti temubual kami bersama pengarah "Ombak Rindu" yang diadakan di KungFu Paradise, Paradigm Mall baru-baru ini.

Boleh ceritakan dengan lebih lanjut tentang "Jiwa Taiko"?
Filem ini berkisar tentang jiwa anak muda dan masalah sosial yang dihadapi mereka. Dalam filem ini, kami bukan ingin terapkan isu masalah sosial semata-mata, tetapi akibat daripada pergaulan yang terlampau bebas. Kami ingin tunjukkan akibat daripada perkara tersebut, sekaligus memberikan pengajaran kepada penonton. "Jiwa Taiko" lebih bercorak aksi drama di mana saya memasukkan elemen silat sebagai tunjak utama untuk aksi berlawan. Di samping itu, saya mengetengahkan nilai percintaan, kasih saying di antara rakan mereka dan juga sedikit drama. Secara keseluruhan, filem ini menceritakan tentang satu kelompok kecil yang seringkali menghabiskan masa di komuniti yang bernama Wira Cinta.

Apakah cabaran anda sebagai seorang pengarah?
Bukan mudah rasanya untuk memastikan jalan cerita dan aksi berada dalam keadaan seiring. Saya harus memastikan jalan cerita dan sudut visual diambil dengan tepat kerana untuk merakamkan babak lawan adalah sesuatu yang agak sukar. Tambahan pula ini merupakan filem aksi pertama saya.

Terdapat beberapa babak dalam filem ini telah ditapis dan apa yang divisualkan masih menunjukkan elemen sensuality yang agak berlebihan. Apa komen anda?
Apa yang saya cuba tunjukkan dalam filem ini bukan isu babak panas semata-mata tetapi ingin bercerita kepada penonton dengan gambaran lebih jelas tentang apa yang telah terjadi dalam beberapa kelompok di Malaysia namun ia tidak didedahkan. Namun apa yang saya gambarkan bukanlah terlalu teruk kerana realiti adalah jauh lebih berbeza berbanding dalam filem. Saya sebagai pembikin filem berasa bertanggungjawab dalam menyampai mesej nilai moral kepada penonton.

Anda tidak kisah jika dilabel sebagai pengarah daring selepas isu kontroversi "Ombak Rindu" sebelum ini?
(Tersenyum) Sebenarnya semua yang terjadi adalah mengikut jalan cerita, bukan sengaja saya mahu mencari publisiti dengan mengadakan adegan kontroversi seperti dalam "Ombak Rindu" dan terkini, "Jiwa Taiko". Jika kita dapat lihat, "Ombak Rindu" menceritakan tentang kisah seorang wanita yang telah dilacurkan dan dijual oleh bapa tirinya. Selalunya apa yang saya cuba gambarkan bersesuaian dengan situasi. Contohnya dalam filem "Cun". Ia berkisarkan tentang kekeluargaan dan tinggal di kampong. Saya ambil satu sudut berbeza dan terapkan elemen kampong dan nilai murni agar ia seiring dengan jalan cerita. Untuk filem "Jiwa Taiko" pula, ia adalah kisah remaja yang mempunyai masalah sosial sebelum masuk ke pusat komuniti pemulihan. Jika penonton mampu melihat apa yang saya cuba sampaikan, mungkin ia tidak akan menjadi satu isu besar.

Jika ada yang mempertikaikan pemilihan pelakon utama seperti tidak sesuai, apa pendapat anda?
Saya memilih Remy Ishak dan juga Diana Danielle.Watak Trisya yang dipegang oleh Diana menggambarkan seorang gadis urban tetapi terjebak dengan aktiviti pencurian di Kuala Lumpur. Manakala watak Firman yang didukung kuat oleh Remy pulak mengisahkan seorang budak kampong yang berkawan dengan rakan nakal, akhirnya terperangkap dengan pihak berkuasa lalu diberkas pihak polis. Kesemua watak tersebut telah dinilai dan saya berpendapat kedua-dua watak tersebut sesuai dengan Remy dan juga Diana.

Terdapat beberapa babak lawan dalam filem ini. Ia menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri atau pelakon sendiri?
Ini mungkin adalah faktor utama saya menghargai usaha keras barisan pelakon. Mereka memberikan komitmen sepenuhnya terhadap filem ini walaupun pada mulanya, ia tergendala akibat masalah kewangan. Kesemua babak aksi dalam filem "Jiwa Taiko" dilakonkan sendiri oleh barisan pelakon.

Ada menggunakan sebarang sumber rujukan ketika menghasilkan filem "Jiwa Taiko"?
Saya ada membuat penyelidikan dan mengambil filem dari Jepun, "Crow Zero sebagai rujukan. Saya mengambil sudut visualnya sebagai contoh dan aksinya diterapkan dalam "Jiwa Taiko".

Apakah perasaan anda menunggu reaksi penonton apabila ia ditayangkan?
Saya berasa gusar sekiranya mendapat komen negatif tetapi pada masa yang sama teruja untuk melihat apa yang mereka dapat simpulkan selepas menontonnya. Sudah tentu saya mengharapkan komen yang positif dan membina.

Apakah harapan anda untuk "Jiwa Taiko"?
Saya berharap agar semua penonton tempatan khususnya memberikan sokongan padu ketika ia ditayangkan nanti. Walaupun dengan bajet kecil, saya rasa telah memberikan penonton satu kelainan jika dibandingkan dengan filem lain. Jangan lupa menonton ya!

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami!
Sama-sama.

  • Gambar Marilyn Monroe dicuri
    Ashraf Nasser - Tupai
    Gambar Marilyn Monroe dicuri 57 minutes ago
    Gambar Marilyn Monroe dicuri

    Sebahagian barangan pameran simbol seks terkenal Marilyn Monroe telah dicuri ketika dalam perjalanan ke Prague, Czech Republic.

  • Selebriti cipta nama di negara orang
    Syahida Kamarudin - Tupai
    Selebriti cipta nama di negara orang 5 hours ago
    Selebriti cipta nama di negara orang

    Selebriti di bawah tidak dilahirkan di negara yang telah mempopularkan mereka.

  • Selebriti memiliki lesen juru nikah
    Syahida Kamarudin - Tupai
    Selebriti memiliki lesen juru nikah Sat, May 25, 2013 3:18 PM MYT
    Selebriti memiliki lesen juru nikah

    Sesetengah selebriti juga mempunyai lesen untuk menjalankan upacara perkahwinan orang lain.

  • Johnson: Surgeon cleared hardcore workouts
    Johnson: Surgeon cleared hardcore workouts

    Dwayne ‘The Rock’ Johnson is hitting the gym hard again after getting the all-clear from doctors little over a month after undergoing emergency hernia surgery.

  • Miranda Kerr: Orlando is spiritual
    Cover Media
    Miranda Kerr: Orlando is spiritual 7 hours ago
    Miranda Kerr: Orlando is spiritual

    Miranda Kerr has gushed about how perfect her husband Orlando Bloom is.

  • HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut
    Armani Shahrin - Tupai
    HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut Sat, May 25, 2013 3:50 PM MYT
    HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut

    Trend mewarna rambut dengan 'hair chalk' semakin popular dan senang dilakukan.

  • Rooney Mara muka baru Calvin Klein
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Rooney Mara muka baru Calvin Klein Fri, May 24, 2013 11:11 AM MYT
    Rooney Mara muka baru Calvin Klein

    Pelakon Rooney Mara sekali kerja lagi bersama David Fincher untuk iklan minyak wangi Calvin Klein terbaru.

  • Cherry blossom ice cream
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Cherry blossom ice cream Thu, May 23, 2013 5:33 PM MYT
    Cherry blossom ice cream

    It is almost the end of Japan's enviable cherry blossom season, which means there will be no more cherry blossom-related products available at your nearby Japan-themed stores like 100 Yen. But if you hurry you might be able to taste some of the unique cherry blossom treats in Malaysia. One of the yummiest treats with the theme is the cherry-blossom ice cream in Kuala Lumpur's Corus Hotel. Komura's Cherry Blossom ice cream.

  • Little-known Slovak wines outsparkle global competitors
    Tatiana Bednarikova - AFP News
    Little-known Slovak wines outsparkle global competitors 1 hour 5 minutes ago
    Little-known Slovak wines outsparkle global competitors

    Deep shades of red and vermilion catch the light as connoisseurs raise their half-full glasses to examine the colour of the wine before sinking their noses in to inhale enticing aromas.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.