28 Ogos - Paris Hilton kembali dengan gaya 'topless' untuk kulit depan majalah GQ Rusia edisi September dengan menampakkan sebahagian tubuhnya dimana hanya ditutupi dengan rambutnya sahaja.
Ini merupakan kali kedua pada tahun ini Paris tampil separuh bogel dimana pada awal tahun ini dia telah muncul dengan pose yang sama untuk majalah FHM.
Paris menjalani sesi fotografi di bawah jurugambar terkenal, Ellen von Unwerth, yang juga pernah bekerjasama dengan Rihanna, Britney Spears dan Claudia Schiffer.
Sementara itu, kini Paris sedang sibuk dengan menjadi model untuk penggambaran klip video terbaru penyanyi Korea Selatan, Kim Jang Hoon.


