![]() |
14 Sep – Berita baik sedang menanti anda yang menggemari fesyen kerana kompleks membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur yang sering dikunjungi ramai itu kini membawa Fashion Avenue kepada anda, iaitu sebuah lagi destinasi yang diidamkan para pembeli.
Seperti yang dilaporkan portal Emmagem, terdapat lebih daripada 30 kedai baru, dimana sembilan daripadanya iaitu jenama Sacoor Brothers, La Martina, Hackett, Denim & Supply Ralph Lauren, Jo Malone, Armani Jeans, Longines, Luxenter dan AESOP membuka cawangan pertama di Malaysia.
Jenama-jenama tersebut sudah tentu menambah keseronokan anda dalam membeli-belah di Pavilion yang memberikan anda pelbagai pilihan barangan seperti pakaian fesyen terkini, kasut, beg, aksesori, jam tangan, dan juga bahan kosmetik.
Kedai yang baru dibuka ini juga menjadi pelengkap kepada kawasan sekitar seperti Couture Pavilion, Connection, Seventh Heaven, Tokyo Street, Gourmet Emporium dan Centre Court. Sehingga kini sudah terdapat lebih daripada 500 kedai yang boleh dikunjungi di Pavilion!
Pastinya Fashion Avenue akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk membeli!



Best Travel Stories