17 Ogos - Menurut ejen pelakon British Bob Hoskins, terkenal dengan watak dalam filem "Who Framed Roger Rabbit", akan bersara di dalam bidang lakonan setelah disahkan menghidapi penyakit Parkinson.
Selama 4 dekad karier seni pelakon yang berusia 69 tahun, beliau mulai dikenali di dalam filem gangster British di sekitar tahun 1980 kemudian beliau memilih untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan secara serius dan pergi ke Hollywood untuk meneruskan karier seninya sebagai pelakon antarabangsa.
"Bob Hoskins memberitahu keinginan beliau untuk bersara di dalam bidang lakonan, berikutan dengan penyakit yang baru diketahui bulan lalu," menurut ejen pelakon tersebut.
" Dia turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak yang telah bekerjasama denganya di dalam tempoh dia menjadi pelakon. Termasuk peminat setia yang sentiasa menyokong ketika kemuncak kariernya sebagai pelakon."
"Bob turut berasa teruja dengan persaraan ini dan menunggu masa yang sesuai untuk bercuti bersama keluarganya. Dia turut berharap agar semua pihak menghormati privasinya kini."
Watak terakhir beliau adalah menjadi di antara 7 orang kerdil di dalam filem "Snow White And The Hunstman" lakonan bersama aktres "Twilight", Kristen Stewart.


