Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Pengarah 'Budak Kelantan' Perjuangkan Filem 'Geng Pisang'

    Pengarah Wan Azli Wan Jusoh dan D.O.P Mad Nor Kassim di set penggambaran filem ‘GENG PISANG’.

    Turun naik perkembangan industri perfileman negara sejak dahulu sehingga sekarang adalah merupakan cabaran bagi sekumpulan penggiat muda kesenian yang bernaung di bawah nama Seni Suri Jawi.

    Cabaran ini tidak pula melunturkan semangat mereka untuk menyumbang sesuatu kepada industri perfileman dan masyarakat khasnya. Maka dari itu lahirlah sebuah naskah filem yang bertajuk ‘GENG PISANG’, karya pertama yang bakal dipertaruhkan ke tengah medan industri perfileman tanahair tidak lama lagi.

    Setelah dua kali gagal untuk mendapatkan pinjaman dana kreatif dari Bank Simpanan Nasional dengan tanpa alasan, produksi filem ‘GENG PISANG’ tetap tidak akan mengalah dan akan meneruskan penggambaran. Filem yang menggabungkan beberapa syarikat produksi seperti Seni Suri Jawi, One Zero Corporation, Framepersecond Pictures dan DFX Studio ini bakal menjalani penggambaran pada Februari 2012 nanti.

    Pengarahnya Wan Azli Wan Jusoh yang pernah menggemparkan industri tanahair melalui filem ‘Budak Kelantan’ menyatakan, mereka akan terus berusaha untuk menjayakan matlamat filem ini walaupun terpaksa menjalani penggambaran secara indie atau gerila. Filem ini dirancang untuk menjalani penggambaran pada Oktober 2011 lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

    Menyedari tanggungjawab yang terpikul di bahunya, Wan Azli Wan Jusoh yang agak serius sewaktu seisi temubual menyatakan, selain masalah dana yang dihadapi beliau tidak mengalami masalah lain kerana di Seni Suri Jawi mereka berkerja secara berjemaah dan saling melemparkan pandangan untuk filem ini.

    Dan inilah kekuatan kami untuk meneruskan perjuangan. Alhamdulillah, sejak akhir ini segalanya sudah mula menampakkan kemudahan untuk melaksanakannya. Dan sekarang masanya sudah sampai, ujar beliau dengan sedikit senyuman.Ketika ditanya mengenai lambakan filem bercorak gangster di pawagam sekarang beliau menjawab, apa yang lebih penting walaupun industri filem tanahair sedang dilanda gelombang filem bercorak gangsterism, namun filem ini bukanlah terpengaruh dari keadaan itu, kerana skrip filem ini sudah dihasilkan pada tahun 2008. Dan motif filem ini jauh berlainan dari filem gangsterism yang sedia ada.

    Berkisahkan tentang perjalanan hidup seorang pembunuh rahsia yang menganggotai sebuah kumpulan bawah tanah, filem ini dijangka akan dapat memberikan suatu sentuhan dan citarasa baru dalam industri perfileman tanahair. Kelainan cara garapan yang dipertaruhkan dalam filem ini juga diharap akan dapat membawa sebuah perubahan kepada dunia perfileman negara. Kerana filem ini lebih menerapkan serta menekankan jati diri Melayu dalam babak-babak serta aksi pertarungannya, dan tidak ingin dipengaruhi oleh babak-babak aksi filem dari Hong Kong atau Hollywood. Ini juga dibayangkan oleh salah seorang pelakon yang terlibat, yang juga merupakan seorang pengarah filem kontroversi ‘Dalam Botol’.

    Pengarah filem dan pelakon Khir Rahman semasa ditanya menyatakan, naskah ini adalah sebuah naskah yang jujur dan penuh dengan kisah-kisah tauladan serta peringatan yang dapat membina serta menyedarkan masyarakat tentang apa yang berada di sekeliling mereka. Atas sebab itu saya bersetuju untuk menjadi sebahagian dari karya ini. Lagi pula kami semua memang sudah sepakat untuk menggerakkan ‘sesuatu’ untuk industri filem Melayu melalui wadah Seni Suri Jawi. Jadi nantikanlah kemunculan filem ini, ujarnya ringkas dengan senyuman penuh makna pada pertemuan itu.


    Skrip filem ini ditulis oleh Wanji Aswandi berkonsepkan kritikan sosial yang bergenre drama aksi dan bakal membariskan barisan pelakon seperti Khir Rahman, Bront Palarae, Wanji Zain, Pekin Ibrahim, Amerul Affendi, Nam Ron, Melissa Saila, Pyan Habib, Ronasina, Khiril Ridzuan dan ramai lagi.
     

    7 comments

    • JiwaKAcau  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      serius aku suka cerita budak kelantan walaupun aku anak jati kolumpo..filem ni akan aku tunggu lagi2 ada nama2 yang aku minat : Khir Rahman, Bront Palarae, Nam Ron, Melissa Saila, Pyan Habib, sama Ronasina..peghhh ini nama2 bukan pelakon jenis buat duit punya, ini nama2 "real" punya orang seni
    • Mike Batman  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Hebattt yo!....kita sokong you....usaha lah, Insyallah ada hikmah ni....
    • Mohd syammer Ameer  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      sy pun akak tetap mndoakan filem ini akan berjaya di terbitkan...... lagi pun kesemua pelakon2 geng pisang adalah idola sy... sy teringin untuk mnjadi sebahgian ahli keluarga SENI SURI JAWI......untuk sama-sama kita memperjuangankannya........insyaallah...amin...
    • Ahadin  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      heeeeee......... buat la filem 4 in 1(aksi cinta komedi seram)
    • Zazale Zale  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      tunjukkan semagat anda
    • A Yahoo! User  •  3 months ago
      elok la tu...filem yg berlatarkan masyarakat masakini patut disokong. setidak2nya menyedarkan masyarakat betapa semakin hanyutnya 'kita' ni. daripada disogokan dgn filem mcm 'bujang terlajak' yg pada aku tak punya apa2 nilai selain memenuhkan saku produser.
    • Semut  •  3 months ago
      bwtlah..cerita yg bermesejkan , membesarkan kekuasaan ALLAH & RASUL SAW....supaya manusia zmn skrg tdk jd KUFUR.....spertimana kaum2 terdahulu

    Most Popular

    • Prince William, Kate dress up for UK Olympic team
      Prince William, Kate dress up for UK Olympic team

      Prince William and the Duchess of Cambridge have dressed to the nines to support the British Olympics team at a gala dinner.

    • 4-minute 'The Amazing Spider-Man' super preview hits the web

      A ‘super preview' of 'The Amazing Spider-Man' was premiered on the US television show 'America's Got Talent' on 14 May.

    • Top 10 diet foods that can make you fat
      Top 10 diet foods that can make you fat

      You’ve cut back on chocolate, chucked out the biscuits and raided your nearest health food store, so why aren’t you losing those pounds? Unfortunately, even with the best intentions, you could be sabotaging your weight loss with the wrong foods. They might look and seem healthy, but that’s not always the case. Check out the top 10 diet foods that could pile on the pounds.

    • Oscar Leung accused of rape
      Oscar Leung accused of rape

      Hong Kong TVB actor has been rumoured to be involved in a rape case

    • Lady Gaga gagged in Indonesia after Islamic opposition
      Lady Gaga gagged in Indonesia after Islamic opposition

      JAKARTA (Reuters) - Pop star Lady Gaga has been refused a permit to perform in the Indonesian capital next month over security concerns, police said on Tuesday, after Islamic groups voiced strong objections to her "vulgar" style. Three Islamic groups have expressed their opposition to the concert on June 3, demanding it be stopped, national police spokesman Saud Usman Nasution said by telephone. Indonesia, a secular state, has the world's largest population of Muslims as well as significant minorities …