8 Mac – Penyanyi yang pernah popular pada era 90an, Nouri Ramli telah direman oleh pihak polis apabila suaminya dipercayai mati dibunuh selepas bergelut dalam kejadian Ampang Utama, Selasa lalu.
Dipetik dari mStar, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan penahanan Nouri dan dua anak saudaranya di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.
"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan direman. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."
BACA: Penyanyi muda ditahan polis selepas dituduh merogol
BACA: Zarina Anjoulie sah positif dadah
BACA: Norish Karman hilang rezeki akibat difitnah
BACA: Rosyam Nor perjelas isu beli kereta mewah
Terdahulu, Nouri yang pernah popular dengan lagu "Hadirmu Yang Terkahir" dipercayai telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak mereka.
Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan diikat.
Nouri yang pernah memenangai anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999 dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga sedang dalam proses perceraian.



Best Travel Stories