Pilih warna sesuai dengan warna kulit

Pilih warna sesuai dengan warna kulit

26 Nov – Pasti anda mahu kelihatan bergaya dan tampil menawan apabila keluar bersama insan tersayang ataupun bersama-sama rakan anda, namun kadang-kala warna pakaian yang dipilih kelihatan tidak sesuai dengan warna kulit anda.

Oleh itu, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips mengenai pemilihan warna pakaian mengikut warna kulit anda dan kesan jika anda tersalah dalam pemilihan warna pakaian:


Kulit putih
Bagi anda yang memiliki kulit yang putih gebu sangat sesuai mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu. Namun, mereka juga tiada masalah dengan warna-warna yang lain.

Kulit kuning langsat
Bagi anda yang mempunyai warna kulit seperti ini disarankan untuk mengenakan warna-warna yang tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Ini akan menyerlahkan lagi penampilan si pemilik kulit kuning langsat.

Kulit sawo matang
Sesuai dengan warna-warna lembut, namun kamu usah ragu untuk mengenakan warna garang seperti unggu dan maroon.

Kulit gelap eksotik
Serlahkan gaya kamu dengan warna-warna seperti busana berwarna tanah yang lembut. Malah kamu juga boleh mencuba warna-warna seperti merah jambu lembut, kuning lembut dan sebagainya.

Kesan akibat tersalah memilih warna
Akan menyebabkan kulit kamu kelihatan kusam. Menampakkan kamu kelihatan lebih tua daripada usia yang sebenar. Menyebabkan kamu kelihatan berisi dan besar berbanding biasa. Menyerlahkan warna gigi yang mungkin kekuningan. Kecantikan semulajadi kamu terselindung dan di kaburi dengan kesalahan memilih warna yang kamu sudah lakukan.

Diharap dengan tips yang diberikan ini dapat membantu anda dalam memilih warna jika anda mahu memilih pakaian kelak. Selamat mencuba!