18 Apr – Memiliki rupa yang menawan, suara yang lunak dan terkenal di antarabangsa, jejaka mana yang tidak mahu rapat dengan aktres dan penyanyi Agnes Monica ini. Namun ia nampak seperti sangat memilih sehingga kisah cintanya jarang kita dengari.
Dipetik daripada detikHot, walaupun begitu, ia tidak bererti pelantun 'Matahariku' ini tidak rapat dengan lelaki. Dari ahli perniagaan, pelakon hingga ahli kumpulan pengiring pernah dikaitkan rapat dengannya.
Namun semua kisah cinta Agnes ini tampak penuh dengan rahsia. Pernah dikatakan mempunyai hubungan dengan bekas finalis Indonesia Idol 2. Kemudiannya nama seperti Daniel Mananta, Rezky Aditya sehingga Afgan turut pernah dikatakan mempunyai hubungannya.
Hingga yang terakhir ini, aktres berusia 25 tahun ini dikatakan mempunyai hubungan dengan pemain drum kumpulan pengiringnya sendiri, iaitu Excel Mangare.
Namun, ia tetap sama, Agnes tidak pernah mengesahkannya. Dia tidak pernah mengakui mempunyai sebarang hubungan dengan nama-nama tersebut. Ia seperti Agnes cuba untuk merahsiakan tentang hubungan cintanya.


