Selepas 'berperang' bertahun-tahun sejak mereka mendirikan rumah tangga secara rahsia di Songkla, Thailand pada bulan Februari 2008, pasangan sensasi Rita Rudaini Mokhtar dan Aidil Zafuan Abdul Radzak akhirnya sah bakal bercerai.
Rita yang telah menerima pesanan mesej ringkas (SMS) mengenai bakal diceraikan daripada suaminya itu semalam telah memberitahu berita buruk itu kepada sebuah akhbar. Dia kemudian memberi kenyataan lanjut kepada pihak media sewaktu ditemui pada majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-36 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
"Dia hantar sms yang mengatakan sedang membuat permohonan cerai dan sejujurnya saya reda. Saya juga telah tawar hati dengannya," ujar pelakon tersebut.
Walaupun rela dicerai, tapi jangan main-main dengan Rita. Tak kisah berpisah kasih dengan lelaki yang telah menjadi suaminya selama empat tahun lalu itu, dia bagaimanapun tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan dua anak lelaki hasil perkongsian hidup mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1. Tegas Rita hanya maut yang memisahkan mereka.
"Saya sudah sedia untuk dilepaskan sejak dia keluar rumah pada bulan Januari lalu dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada kami bertiga selama empat bulan. Saya sudah terbiasa membesarkan anak saya sendiri.
"Tapi jika dia dan keluarga mahu mengambil anak-anak, saya akan pastikan berlawan habis-habisan untuk mendapatkan hak penjagaan mereka berdua. Saya tidak boleh hidup tanpa anak-anak saya. Hanya maut yang dapat memisahkan kami," tegas Rita.
Tambahnya dia kini akan kembali aktif berlakon untuk kelangsungan hidup mereka bertiga pada masa hadapan.
Katanya: "Saya perlu aktif berlakon semula untuk membesarkan anak-anak saya."
Sementara itu, Aidil yang juga merupakan pemain bola kebangsaan telah mengesahkan bakal menceraikan pelakon kelahiran Perlis tersebut.
Kisah peribadi dan rumah tangga Rita dan Aidil tidak pernah kering kontroversi sejak mereka digosipkan bercinta. Selain faktor usia antara mereka iaitu Rita 36, dan Aidil 25, mereka berkahwin lari di Songkla dan keluarga Aidil hanya mengetahui anaknya telah berkahwin selepas 10 bulan menjadi suami, kehidupan mereka sentiasa bergolak.
Nampaknya penceraian barangkali adalah jalan terbaik untuk kehidupan mereka selain ia juga mampu menutup pintu aib yang selama ini didedahkan media kerana pasangan tersebut sendiri yang secara terbuka berkongsi permasalahan mereka.
Rita Rudaini dan Zafuan bercerai
By Kleopatra Zachariah | Yahoo Newsroom – Thu, Apr 12, 2012 3:05 PM MYTComments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.
- Britney shows off toned bod & yoga skills
Britney Spears – you are looking smoking. Big round of applause. The singer showed off her toned bod in a series of yoga poses wearing skin tight yoga pants and a crop top. The mother-of-two has been known to have a yo-yo battle with her weight but is looking great as she gears up for a new show in Las Vegas and the release of an upcoming album which she's worked on with will.i.am.
- Shila Amzah nasihatkan Afiq Muiz supaya insaf
Penyanyi Shila Amzah telah menasihati rakannya Afiq Muiz supaya tidak mengabaikan keluarganya.

