Robin Gibb 'The Bee Gees' meninggal dunia

21 Mei – Anggota kumpulan Bee Gees, Robin Gibb telah meninggal dunia pada usia 62 tahun selepas sekian lama bergelut dengan penyakit barah kolon dan hati. Keluarga Gibb telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas mengatakan Gibb menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 10.46 malam Ahad.

"Keluarga Robin Gibb, ahli kumpulan Bee Gees mengumumkan dengan rasa begitu sedih bahawa Robin meninggal dunia hari ini (Ahad) selepas bertarung dengan kanser dan beberapa pembedahan.

"Kami memohon supaya tidak diganggu pada saat ini," kata keluarga penyanyi itu dalam satu kenyataan.

Laman portal The Sun Uk melaporkan anak-anak mendiang Robin, Robin-John, Melissa dan isteri, Dwina berada disisi mendiang ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Chealsea.

Sementara itu, abang sulung Robin yang juga merupakan anggota Bee Gees, Barry Gibb, 65, yang kini berada di Amerika ketika Robin meninggal dunia, namun Barry sentiasa disisinya ketika dia berada dalam koma pertengahan bulan lalu telah dimaklum tentang berita sedih itu.

Barry, Maurice dan Robin mencipta nama dalam dunia muzik pop dan disko pada era 1970an dan 80-an dengan lagu-lagu hits mereka termasuklah "How Deep Is Your Love", "Stayin' Alive", dan "Night Fever".

Album kumpulan The Bee Gees telah berjaya terjual sebanyak 200 juta unit di seluruh dunia, sekaligus meletakkan mereka sebaris dengan kumpulan lagenda The Beatles, Rolling Stones dan Pink Floyd.

  • Keluar dengan solekan minimum
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Keluar dengan solekan minimum 10 hours ago
    Keluar dengan solekan minimum

    Mungkin ramai berpendapat seseorang selebriti itu perlu sentiasa berdandan dan kelihatan cantik, namun ada berfikiran sebaliknya.

  • Baskin Robbins' Movie Popcorn
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Baskin Robbins' Movie Popcorn Fri, May 17, 2013 5:33 PM MYT
    Baskin Robbins' Movie Popcorn

    To all popcorn and ice cream lovers, the time for a combination of the two has come! The folks at Baskin Robbins have managed to mix your favourite movie snack with your favourite frozen dessert into their new Movie Theatre Popcorn flavor, which is also their flavour of the month! The Movie Theatre Popcorn ice cream tastes like corn-flavoured ice cream, but with a crunchy kick to it. It is described as vanilla ice cream blended with popcorn, swirled with a savory caramel ribbon, and loaded with

  • Chanel lancar minyak wangi termahal
    Siti Munawirah Mustaffa - Tupai
    Chanel lancar minyak wangi termahal Thu, May 16, 2013 5:33 PM MYT
    Chanel lancar minyak wangi termahal

    Jenama terkemuka yang berasal dari Perancis ini telah melancarkan minyak wangi berharga lebih RM12,000.

  • French president signs gay marriage bill into law
    Abhik Kumar Chanda - AFP News
    French president signs gay marriage bill into law 1 hour 48 minutes ago
    French president signs gay marriage bill into law

    France on Saturday became the 14th country to legalise same-sex marriage after President Francois Hollande signed the measure into law following months of bitter political debate.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.