20 Ogos - Selepas mendapat sambutan menggalakkan pada tahun lepas, Festival Rock terbesar negara, Rockaway bakal kembali menggegar pada 20 Oktober ini di Helipad Litar Antarabangsa Sepang bersempena dengan perlumbaan Moto GP.
Pada festival kali ini menjanjikan persembahan hebat apabila pihak penganjur, Livescape akan membawakan tiga band antarabangsa iaitu kumpulan metal, Soulfly, band punk, MxPX dan band metalcore, Unearth.
Festival muzik yang semakin mendapat tempat di hati peminat tempatan ini turut akan menampilkan band-band tempatan seperti Bunkface, Hujan, Love Me Butch, Go Gerila, The Padangs, Massacre Conspiracy dan Revival.
Jadi kepada peminat boleh mendapatkan tiket ini dengan harga RM108 (belian awal), RM138 (prajualan) dan RM178 (pada hari festival) di cawangan-cawangan Rock Corner dan Victoria Music di sekitar Lembah Klang dan juga di AirAsiaRedtix.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman www.rockawayfest.com


