13 Jul – Tarikh 12 Julai 2012 memberikan makna yang sangat besar kepada kumpulan legenda rock The Rolling Stones kerana merupakan hari ulang tahun mereka yang ke-50.
Semenjak kebelakangan ini, sudah terdapat beberapa buah khabar angin yang mengatakan bahawa kumpulan ini akan mengadakan 'tour' sebagai sambutan ulang tahun mereka uang sangat istimewa ini.
Keith Richards, selaku gitaris kumpulan memberitahu bahawa ahli kumpulan ada membuat beberapa sesi 'jamming' setelah 5 tahun tidak melakukannya bersama. Namun, beliau tidak memberi kepastian sama ada The Rolling Stones bakal membuat persembahan buat masa ini.
"Sekarang ini, kami sedang merancang banyak benda dan kami memang ingin menjayakannya. Tapi bila dan di mana, memang kami tak pasti lagi," ujar Richards.
Kali terakhir The Rolling Stones membuat 'tour' adalah pada tahun 2005-2007, di mana mereka telah bermain di hadapan 4.5 juta peminat di 32 buah negara.
Kumpulan yang ditubuhkan semenjak separuh abad yang lalu di Kelab Marquee di Oxford Street, London kini tinggal ahli seperti Mick Jagger, Keith Richards, Charlie Watts dan Robin Wood yang masih kekal setia. Nama mereka naik dalam masa 12 bulan selepas kumpulan ditubuhkan apabila lagu "Come On" yang pada asalnya dinyanyikan oleh penyanyi Chuck Berry diriliskan dalam versi The Rolling Stones. Selama 50 tahun, kumpulan yang tersenarai sebagai salah satu artis terbaik sepanjang zaman di majalah "Rolling Stone" ini sudah berjaya menjual lebih daripada 200 juta album di serata dunia.


