14 Mei – Pelantun lagu "Back To The Start", Lily Allen nampaknya sudah tidak mampu untuk bertoleransi dengan tikus-tikut yang 'bermaharajalela' di kediamannya.
Dipetik daripada laporan Daily Mail, Allen yang tinggal bersama suaminya, Sam Cooper di kawasan desa yang terletak di bahagian barat di sini sudah menyedari keburukan menetap di kawasan tersebut dan meluahkan kekecewaannya menerusi akaun Twitter.
"Saya berkata kepada suami, "Sayang, bolehkah kita lakukan sesuatu kepada tikus-tikus di atas siling rumah ini? Suami: "Tiada apa yang kita dapat lakukan kerana kita tinggal di kawasan pendalaman yang merupakan habitat mereka. Kenapa pula tikus-tikut tersebut tidak boleh tinggal bersama kita? Saya: Masalahnya mereka tidak menyumbang sebarang bayaran untuk membantu kita.
"Bunyi bising dari atas siling seolah-olah datang daripada sesuatu yang lebih besar daripada tikus, tetapi suami saya memberitahu ianya adalah tikus," ujar Allen dipetik dari status laman sosial miliknya itu.
Dalam perkembangan lain, Allen yang baru menyambut hari ulang tahun yang ke-27 pada 2 Mei lalu dikatakan tidak sabar untuk kembali menyanyi selepas melahirkan puteri sulung, Ethel Mary pada 25 November 2011.
Allen dilaporkan sudah mendapat pelbagai tawaran projek muzik serta ingin menumpukan perhatian terhadap perniagaan fesyennya, Lucy In Disguise yang dikongsi bersama kakaknya, Sarah.


