Sana-sini durian crepe

15 Jan –Durian Crepe adalah sejenis makanan pencuci mulut. Boleh juga dimakan ketika minum petang. Apa itu durian crepe? Makanan ini menjadi sebutan lebih-lebih lagi di musim durian. Di Facebook lagi hebat diperkatakan sehingga ramai yang ingin mencubanya.

Durian crepe sekarang ini mudah didapati di mana-mana jua antaranya Tesco, AEON dan yang paling hebat diperkatakan adalah di Sumptuous Mid Valley dan Sweet Chat The Mines.

Durian crepe ini terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan luar iaitu tepung gandum yang dibancuh dengan majerin, telor, susu segar, seperti resepi kita membuat penkek atau lempeng. Lapisan tengah pula ialah krim ataupun kita boleh tukar dengan kastad. Kemudian akhir sekali barulah isi durian. Jika isi duriannya sedap maka sedap lah durian crepe tersebut.

Durian crepe ini pada kebiasaannya dijual pada harga 6 biji RM10. Lebih menjimatkan jika anda mencuba sendiri di rumah. Rasa durian crepe ini terpulang pada individu ada yang sangup makan berulang dan ada juga yang mencuba sekali sudah cukup. Apapun kalau inginkan rasa lebih asli lebih baik makan isi durian sebenar lebih nikmat dan memberi kepuasan. Tepuk dada tanya selera.

  • Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat 10 hours ago
    Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat

    Beg digayakan mengikut keadaan, situasi dan bergantung kepada personaliti seseorang individu. …

  • Lawan penuaan dengan buah-buahan
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Lawan penuaan dengan buah-buahan 11 hours ago
    Lawan penuaan dengan buah-buahan

    Lawan penuaan dan kulit gelap akibat faktor semulajadi dengan buah-buahan. …

  • Serlahkan kecantikan bibir
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Serlahkan kecantikan bibir 11 hours ago
    Serlahkan kecantikan bibir

    Serlahkan kecantikan bibir anda untuk tampak lebih muda dan mungil. …

  • Empire of the Sun deliver the goods on 2nd album
    SIAN WATSON - Associated Press
    Empire of the Sun deliver the goods on 2nd album 2 hours 2 minutes ago
    Empire of the Sun deliver the goods on 2nd album

    Empire of the Sun, "Ice on the Dune" (Astralwerks) …

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi. …