18 Jul - Pelakon dan pengarah muda, Syamsul Yusuf mengakui dia kini sedang hangat bercinta dengan seorang pelajar perubatan.
Menurut laporan daripada sebuah portal hiburan tempatan, aktor berusia 28 tahun itu berkata dia mungkin akan berkahwin sebelum usianya mencecah 30 tahun. "Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang bahagia dengan si dia. Sebenarnya, saya belum betul-betul bersedia nak bercakap tentang kahwin ni. Nantilah bila saya dah bersedia sepenuhnya, akan saya umumkan pada semua.
"Saya mengaku yang kini saya bahagia dengannya kerana dia seorang wanita yang betul-betul memahami karier saya sebagai pengarah dan pelakon. Kami juga jarang berjumpa, malah sudah lebih sebulan kami tidak berjumpa. Hanya berbual menerusi telefon sahaja. Mengikut perkiraan, sudah lebih setahun saya menjalinkan hubungan bersamanya," katanya yang ditemui di majlis tayangan filem "SAM" (Saya Amat Mencintaimu) di Mid Valley, Selasa yang lalu.
Pada masa yang sama, Syamsul turut meminta maaf kerana tidak boleh beritahu nama teman wanitanya itu kerana gusar sesuatu tidak diingini berlaku.
"InsyaAllah, saya akan berkahwin sebelum saya berusia 30 tahun. Jadi lebih kurang 2 tahun lagi la. Sejujurnya, saya bukannya nak sembunyikan hubungan saya dengan teman wanita saya. Ini soal peribadi dan saya harap peminat saya faham.
"Sekarang ini, teman wanita saya bekerja sambil belajar di sebuah kolej dalam jurusan perubatan tapi bukannya seorang doktor." Ujarnya.


