31 Mei – Selain daripada memperbanyakan kategori-kategori Anugerah Digi WWWOW yang diadakan buat kali kedua sejak pelancarannya untuk mengiktiraf lebih banyak bakat dalam inovasi internet, dan pada tahun 2012 akan memperlihatkan penglibatan artis-artis terkenal tanah air seperti Altimet, Lisa Surihani and Sharifah Sofia sebagai panel hakim.
"Tahun ini kita difahamkan bahawa bilangan peserta telah bertambah, malah semuanya amat berbakat dan berpotensi, jadi proses memilih finalis menjadi sukar! Terdapat banyak aspek yang kita mesti ambil kira, contohnya, persembahan website, blog atau video tersebut menampakkan keunikan personaliti blogger atau pencipta," kata Lisa Surihani.
Bagi rapper popular, Altimet yang baru menjadi Pengarah Eksekutif Kartel Records, apabila ditanyakan sama ada dia akan menandatangani peserta yang berbakat, dia hanya menjawab, "Buat masa ini saya bukannya mencari bakat tapi kalau mereka berminat, saya tentu akan memberi peluang."
Bagaimanapun, yang pastinya mereka yang dipilih sebagai finalis WWWOW semestinya yang terbaik kerana adanya panel hakim yang arif ini. Penghakiman WWWOW untuk memilih finalis akan berakhir pada hari ini, 31 May, manakala Finale Anugerah WWWOW akan dilangsungkan pada Sabtu, 9 Jun.
Terdapat 16 kategori dipertandingkan dalam Anugerah Digi WWWOW. Antaranya terdiri daripada "Astro Top Online Over-Achiever Under 15", "Nuffnang Fave Makan-Makan Expert", "Nuffnang Fave Kay Poh", "Lowyat.net Fave Tech Head" dan "Says.my Online Shop Of The Year". Senarai penuh boleh didapati di laman Digi WWWOW Internet For All Awards (http://www.wwwow.my/).


