Sepuluh dialog filem Hollywood

Siri "AFI's 100 Years" merupakan satu siri istimewa di CBS pada tahun 2005 yang menyenaraikan pelbagai maklumat dan koleksi terbaik era perfileman Amerika selama 100 tahun mengikut pemilihan American Film Institute (AFI). Pemilihan ini dibuat mengikut syarat-syarat seperti – bukan lirik lagu, mempunyai impak budaya yang kuat (digunakan dalam budaya popular dan ucapan seharian), dan menjadi warisan dalam industri (menjadi satu sejarah tersendiri).

"Frankly, my dear, I don't give a damn."
- Rhett Butler/Clark Gable, GONE WITH THE WIND (1939)

Kata-kata ini diucapkan watak Rhett lakonan Clark Gable pada penghujung filem, di mana watak Scarlett memujuknya untuk tidak meninggalkannya. Ia menjadi terkenal kerana pada era filem ini dikeluarkan, "damn" merupakan perkataan yang dianggap tidak sopan untuk digunakan dalam filem. Mengikut karya asalnya, ayat ini disebut Rhett ketika berada di dalam bilik dan tidak sama dramatiknya seperti dalam filem.

"I'm gonna make him an offer he can't refuse."
- Don Vito Corleone/Marlon Brando, THE GODFATHER (1972)

Ayat yang diucapkan watak Don Corleone ini bukan berasal daripada novel asalnya tetapi diilhamkan daripada novel Perancis bertajuk "Le Père Goriot" karya Honoré de Balzac, di mana watak Vautrin memberitahu Eugène bahawa dia akan membuat tawaran yang tidak akan dapat ditolak. Namun begitu, filem ini mempopularkan dialog tersebut sehinggakan acapkali ia digunakan dalam budaya pop.

"You don't understand! I could've had class. I could've been a contender. I could've been somebody, instead of a bum, which is what I am."
- Terry Malloy/Marlon Brando, ON THE WATERFRONT (1954)

Satu lagi dialog yang diucapkan Marlon Brando dalam senarai ini, tetapi kali ini melalui filem "On The Waterfront". Ia mengisahkan Terry Malloy (Marlon Brando), seorang pekerja dok yang mempunyai abang bernama Charley (Rod Steiger) yang bekerja dengan seorang ketua buruh jahat bernama Friendly. Terry merupakan seorang peninju yang mempunyai potensi untuk maju, namun abangnya telah mengarahkan dia untuk sengaja kalah dalam satu perlawanan supaya Friendly boleh memenangi pertaruhannya. Filem ini memenangi lapan buah Anugerah Academy termasuk Pelakon Terbaik dan Pengarah Terbaik.

"Toto, I've a feeling we're not in Kansas anymore."
- Dorothy Gale/Judy Garland, THE WIZARD OF OZ (1939)

Dialog ini diucapkan oleh watak Dorothy lakonan Garland pada anjingnya ketika dia tiba di Oz. Ia juga menjadi ikutan dalam budaya pop dan seringkali diguna pakai dalam kebanyakan filem semasa. Sekalipun dialog ini berada dalam senarai Top 10, sebenarnya terdapat dialog-dialog lain juga dari filem ini yang memasuki senarai Top 100.
Trivia: Pelakon cilik Shirley Temple pada awalnya ingin sekali melakonkan watak Dorothy tetapi tidak berjaya mendapatkannya kerana berbeza studio penerbitan dengan penerbit filem ini.

"Here's looking at you, kid."
- Rick Blaine/Humphrey Bogart, CASABLANCA (1942)

Dikatakan dialog Rick ketika memberikan ucap selamat pada Ilsa ini sebenarnya bukan ayat asal dalam draf skrip filem tetapi merupakan sesuatu yang Bogart selalu katakan pada Ingrid Bergman ketika dia mengajar Bergman bermain pakau pada waktu rehat penggambaran. Ramai yang memiliki terjemahan masing-masing tentang apa maksud Rick melalui ayat tersebut. Ada yang mengatakan ia bermaksud Rick memberikan perhatian pada Ilsa, ada yang mengatakan ia cuma ucapan selamat berjaya daripada Rick buat Ilsa dan ada pula menganggapkan ia satu ucapan selamat tinggal Rick pada Ilsa.

"Go ahead, make my day."
- 'Dirty' Harry Callahan/Clint Eastwood, SUDDEN IMPACT (1983)

Dalam satu babak filem ini, watak Harry lakonan Clint Eastwood memasuki sebuah kedai makan apabila menyedari ada rompakan yang sedang berlaku di situ. Selepas berjaya membunuh hampir kesemua perompak, seorang daripada mereka yang masih selamat menangkap pelayan kedai makan tersebut dan mengancam untuk menembaknya. Sambil menghalakan pistol Magnum .44, mengecilkan matanya yang seksi dan bercakap sambil mengetap giginya, Harry berkata, "Go ahead, make my day" – yang bermakna, sekiranya si perompak cuba mencederakan pelayan tersebut, Harry akan menembaknya dengan gembira. Namun begitu, asal-usul dialog tersebut datang daripada bapa penulis skrip Charles B. Pierce. Ketika dia masih kecil, bapanya sentiasa memberi amaran kepadanya, "just let me come home one more day, without you mowing that lawn, son just go ahead.....make my day" (Atau dalam bahasa melayunya bermaksud : "Kalau ayah balik rumah sekali lagi dan kau masih tak potong rumput di laman, siaplah kau").

"All right, Mr. DeMille, I'm ready for my close up."
- Norma Desmond/Gloria Swanson, SUNSET BOULEVARD (1950)

Filem ini berkisarkan kehidupan Joe Gillis, seorang penulis lakon layar yang tidak berjaya bertemu dengan Norma Desmond, seorang pelakon filem senyap yang semakin malap. Desmond perlahan-lahan menarik Gillis ke dalam dunia fantasinya di mana dia berjaya kembali mencapai kegemilangannya bersama bekas pelayan dan suaminya Max Von Mayerling. Filem ini dicalonkan untuk 11 buah Oscar, memenangi tiga dan berjaya disenaraikan dalam senarai AFI 100.

"May the force be with you."
- Han Solo/Harrison Ford, STAR WARS (1977)

Ayat filem paling popular di dunia ini simbolik pada warisan "Star Wars" dan telah diucapkan berkali-kali di dalam setiap filemnya. Namun begitu, ia kali pertama diucapkan oleh Jeneral Dodonna selepas menjelaskan rancangan serangan Death Star kepada para juruterbang Rebel, tetapi seringkali diingati sebagai sesuatu yang diucapkan sekali lagi oleh Han Solo kepada Luke Skywalker sebelum serangan ke atas Death Star.

"Fasten your seatbelts. It's going to be a bumpy night."
- Margo Channing/Bette Davis, ALL ABOUT EVE (1950)

Bette Davis melakonkan watak Margo Channing, seorang bintang Broadway yang dihormati ramai tetapi semakin lanjut usianya manakala Anne Baxter melakonkan watak Eve Harrington, seorang peminat yang sangat obses dengan Channing sehinggakan hampir memusnahkan kerjaya dan kehidupan peribadinya. Dialog di atas amat popular dan mencapai tahap kultus apabila ia diguna pakai dalam bidang penulisan, filem dan banyak lagi.

"You talkin' to me?"
- Travis Bickle/Robert DeNiro, TAXI DRIVER (1976)

Pemain saksofon Clarence Clemons mengatakan bahawa De Niro pernah memberitahunya asal-usul dialog ini. De Niro pernah mendengar Bruce Springsteen mengucapkannya di pentas konsert ketika para peminat meneriakkan namanya dan De Niro terus terfikir untuk menjadikan dialog itu miliknya. Pengkritik filem terkenal Roger Ebert menggelar ayat ini sebagai "Dialog paling jujur dalam filem ini". Dia mengatakan bahawa ia mempamerkan keterdesakan Travis Bickle untuk meniru interaksi sosial yang dia lihat di dunia sekelilingnya tetapi tidak berjaya disertainya. Penulis skrip Paul Schrader juga mengatakan ia bukan sesuatu yang dia tulis kerana babak tersebut hanya menyatakan watak De Niro bercakap seorang diri di cermin depan. De Niro sendiri yang memikirkan ayat tersebut.

  • Redeem fro-yo with an app!
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Redeem fro-yo with an app! 5 hours ago
    Redeem fro-yo with an app!

    Carrying around redemption cards for food like pastries or frozen yogurt definitely causes you more stress as it takes up space in your wallet and when you do want to use it you will spend minutes trying to find it at the counter.However, with Moo Cow taking advantage of an app service to keep track of your stamps for redemption, that is one less card to find. ...

  • Make your own breakfast ice cream
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Make your own breakfast ice cream Wed, May 22, 2013 4:39 PM MYT
    Make your own breakfast ice cream

    Sick of having oatmeal, cereal, pancakes, waffles, toast, milk and nasi lemak for breakfast? Why not start your day fresh and ready with some homemade, specially-for-breakfast ice cream using yoghurt and fruits?Here we would like to share with you the way to make an ice cream healthy enough to enjoy in the morning yet still able to satisfy your sweet tooth. You can choose many different types of yoghurt, but plain yogurt works best for mixing! .

  • Menggayakan skirt kulit
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Menggayakan skirt kulit Tue, May 21, 2013 5:22 PM MYT
    Menggayakan skirt kulit

    Jika bijak menyuaipadankan, skirt kulit boleh digunakan bersama pelbagai rupa, dari cara feminine, seksi dan juga profesional.

  • Japanese octogenarian becomes oldest to reach Everest summit
    Japanese octogenarian becomes oldest to reach Everest summit

    By Gopal Sharma KATHMANDU (Reuters) - An 80-year-old Japanese mountain climber who has had four heart surgeries reached the top of Mount Everest on Thursday becoming the oldest person to conquer the world's highest mountain. Yuichiro Miura, who took the standard southeast ridge route pioneered by Sir Edmund Hillary and Tenzing Norgay 60 years ago, reached the top of the 8,848 meter (29,028 feet) mountain at about 9:00 a.m. (0315 GMT). He was accompanied by three other Japanese, including his

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.

  • Kebaikan epal hijau
    Kebaikan epal hijau

    Buah-buahan sememangnya mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan, namun tahukah anda kebaikan epal hijau?

  • CANNES: Eva Longoria suffers no pants fashion flash at Cannes Film Fes …
    CANNES: Eva Longoria suffers no pants fashion flash at Cannes Film Fes …

    © Getty - HandbagEva Longoria hit the rainy red carpet at Cannes Film Festival last night, but caught herself in a flesh-flashing fashion mishap while climbing the stairs.Joining fellow L'Oreal face Cheryl Cole at the premiere of Jimmy P. (Psychotherapy Of A Plains Indian), Eva lifted her split-to-the-thigh dress while ascending the steps to the screening, but sadly hitched things a little too high.At the front.No underwear and a hoard of photographers? Yes, we imagine you can guess what

  • Shila Amzah nasihatkan Afiq Muiz supaya insaf

    Penyanyi Shila Amzah telah menasihati rakannya Afiq Muiz supaya tidak mengabaikan keluarganya.

  • Jackie: No to "Rush Hour 4"
    Jackie: No to "Rush Hour 4"

    Jackie Chan revealed that he has no plans for "Rush Hour 4"

  • Aiskrim untuk sarapan pagi?
    Aiskrim untuk sarapan pagi?

    Nikmatilah sarapan pagi yang sihat tetapi enak dengan kreatif.

  • Own Your Own Mini Me!

    What is freakier than seeing yourself in the dark in the middle of the night…? How about seeing a mini 3D clone of yourself? It’s not really uncommon anymore to find people that have a doll sized caricature model of … Continue reading →

  • Kurt Tay gets breast implants
    Kurt Tay gets breast implants

    Male Singaporean singer gets breast augmentation surgery in Bangkok