Shah Jaszle lantik adik sendiri jadi pengurus

Shah Jaszle lantik adik sendiri jadi pengurus

21 Feb – Pelakon, Shah Jaszle telah melantik adiknya untuk menjadi pengurusnya kerana tidak mempercayai orang luar selepas insiden dia ditangkap khalwat tahun lalu.

"Terus-terang saya katakan saya tidak lagi mudah percaya pada orang luar dan sebab itu saya mengambil adik sendiri sebagai pengurus bagi memudahkan urusan kerjaya seni saya.

"Setakat ini semuanya berjalan lancar dan jadual saya juga diatur dengan baik selain dia sentiasa menemani saya ke majlis hiburan atau penggambaran drama," katanya kepada mStar.

Pada masa sama, Shah Jaszle turut berkata, ibunya, Zaleha, 68, juga sentiasa bersamanya tidak kira ke lokasi penggambaran atau acara hiburan kerana dia mahu lebih berhati-hati selepas apa yang telah menimpa sebelum ini.

Sementara itu, Shah berkata, dia masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan untuk mengahwini tunangnya Redzwani Putri, 26, yang dijadualkan pada akhir tahun ini.

"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar akhir tahun ini saya akan berkahwin dan doakan saya cepat bertemu jodoh."