13 Apr- Sham (Kamikaze) atau nama sebenarnya Shamril Salleh baru-baru ini telah dikhabarkan telah berkahwin lagi dan wanita tersebut adalah isteri kedua Sham.
Dipetik dari laman mStar, wanita tersebut bernama Nurul Halimin Md Salleh, 32, yang juga kakak kepada bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8), Maulana merupakan seorang janda anak satu.
Apabila ditanya mengenainya, beliau enggan mengulas lanjut tentang perkahwinannya dengan Sham. Melalui adiknya, dia telah membuat kenyataan ringkas.
"Tanyalah Sham sendiri," katanya.
Selain itu, Maulana juga enggan berbincang dan mencampuri urusan kakaknya mengenai khabar tersebut , sebaliknya meminta pihak media untuk bertanya kepada Sham sendiri atau rakan-rakannya.
"Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen. "Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya," kata Maulana.
Sham mula mendapat perhatian ramai selepas dia berubah dari seorang penyanyi rock kepada seorang pendakwah telah pun menjadi tumpuan media tentang khabar angin ini sejak Januari yang lalu.
Walau bagaimanapun, Sham tampil memberi kenytaannya dan menafikan kebenaran cerita tersebut, malah beliau kecewa kerana dirinya dilanda gossip sedemikian.
Menurut laporan itu lagi, perkahwinan Sham dan Nurul Halimin yang berlangsung pada 16 Januari lalu masih belum diketahui oleh isteri pertamanya, Farazila yang juga temannya sebagai pendakwah bebas, menyebabkannya menafikan dan merahsiakannya terlebih dahulu.


