Discover Yahoo! With Your Friends

Explore news, videos, and much more based on what your friends are reading and watching. Publish your own activity and retain full control.

To get started, first

YOUR FRIENDS' ACTIVITY

    Siapakah senator seni kedua?

    Dr. Abu Hassan
    Dua penggal, yakni tiga tahun Tan Sri Jins Shamsuddin menjadi wakil pertama industri seni sebagai Senator, pelbagai isu dibangkitkan berkaitan permasalahan karyawan tanah air. Sebanyak 15 isu diperdengarkan kepada ahli persidangan Dewan Negara termasuk isu Akta Hakcipta 1987 dan membentangkan usul kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya menguatkuasakan peraturan kepada semua stesen televisyen membayar saguhati kepada pelakon di atas penayangan filem-filem dan lagu-lagu mereka.

    Tidak kurang juga usahanya mencadangkan agar potongan sebanyak 11 peratus dikenakan bagi setiap bayaran yang diterima oleh pelakon dan 11 peratus lagi pula dipotong daripada bayaran yang diterima oleh pelakon untuk dicarumkan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Semua ini antara cara untuk menjaga kebajikan karyawan seni seperti pelakon supaya apabila mereka tua nanti, simpanan itu boleh digunakan bagi keperluan mereka sendiri.

    Bagaimanapun selepas Jins tamat tugas sebagai Senator pada 2010, belum timbul ura-ura perlantikan baru wakil industri seni bagi jawatan itu untuk meneruskan ‘suara’ anak seni di dalam Dewan Negara. Apakah industri seni tidak memerlukan lagi wakil sebagai suara mereka di dewan penting itu? Atau apakah tiada yang layak untuk diangkat sebagai Senator baru di kalangan karyawan seni tanah air?
    Menurut Pensyarah Kanan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah, perkembangan industri seni yang beriringan kemajuan teknologi kemanusiaan hari ini secara totalnya memerlukan mereka yang tahu menguruskan industri keseluruhan.

    “Sebaik muncul kurun ke-21, sebagai Kurun Informasi maka fungsi, peranan dan pengaruh industri hiburan telah berkembang ke period yang lebih besar, lebih luas dan lebih penting berbanding kepentingannya dalam kurun-kurun sebelum ini yang rata-rata hanya berlegar tentang posisi hiburan khususnya pada media-media seperti filem, televisyen dan bahan bercetak misalnya akhbar dan majalah.

    “Kandungan hanya berpusat pada hal ehwal kehiburanan seperti naskhah-naskhah filem, drama, lagu, artis dan sebagainya. Sebaliknya sekarang adalah era ekonomi kreatif dengan industri kreatif sebagai salah satu industri utama, atau industri ketiga dalam KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara bahkan dunia seluruhnya.

    “Maka tentulah untuk menguruskan industri kreatif memerlukan mereka yang memiliki keupayaan pengetahuan yang mendalam tentang makna, bentuk, kandungan, dasar-dasar, rencana strategi dan masa depan bukan sekadar hanya berasaskan pengalaman dalam industri hiburan semata-mata. Industri kreatif adalah industri masa depan, dan sebagai industri masa depan suatu pemikiran baru yang memahami posisi mengendalikan industri ini amat penting. Industri ini bukan lagi industri bakat, sebaliknya suatu industri intelektual dan futurisme yang memerlukan kecekapan ilmu dan keupayaan pengetahuan sepenuhnya,” katanya.


    Jelas Abu Hassan yang juga penganalisi politik dan seni Malaysia lagi, memandangkan industri kreatif adalah sebuah industri yang sangat penting peranannya dalam pemajuan ekonomi dan sosial masyarakat di masa depan, sudah tentu industri ini memerlukan bukan sahaja profesional dan cendekiawan, pemaju dan pengusaha yang serius dan bijak, handal dan futuristik, malah turut menuntut keperluan para pemikir dan pelaksana polisi yang juga cekap dan intelektual.

    Baginya, industri kreatif adalah industri intelektual. Industri ini memerlukan pakar-pakar kepimpinan dalam merencanakan strategi pembangunannya secara menyeluruh dan meluas. Jika merujuk pada demokrasi di negara kita, industri ini memerlukan lebih daripada seorang wakil yang boleh bersama merancang dasar-dasar masa depan di Parlimen.

    Besar fungsinya untuk industri, kata Abu Hassan.

    “Misalnya pelantikan sebagai Senator dan tentulah peranan mereka bukan sekadar untuk menjadi pelakon dan watak penghias di Parlimen kononnya ada wakil bagi industri kreatif ini sebagaimana ada wakil bagi kumpulan masyarakat yang lain.

    “Industri kreatif adalah industri terbesar menjelang 2015 dan akan menjadi industri yang paling lama berpengaruh bukan sahaja terhadap ekonomi malah seluruh sistem sosial masyarakat. Senator yang hendak dilantik mestilah mereka yang memiliki kebolehan luarbiasa dalam merencanakan polisi industri kreatif secara mikro dan makro, dan juga berupaya menterjemahkannya dalam pelan tindakan strategikal yang sempurna dan jelas.

    “Pengalaman sebagai pengarah filem, atau penari kebudayaan tentulah tidak cukup meskipun boleh, dan penglibatan dalam hubungan politik juga bukan bermakna apa-apa pada industri ini sekira Senator yang sepatutnya menjadi penggerak kebijakan hanya sekadar seorang pelakon tambahan di Parlimen,” katanya yang turut menjadi panel kritik untuk Pilih Kasih musim ke-3 ini.

    Selepas Jins, Abu Hassan berasakan terdapat beberapa tokoh baru yang boleh menerajui perubahan bagi industri ini, antaranya ialah Aziz M Osman, Aznil Haji Nawawi, Rosyam Nor, Erma Fatima dan mungkin dari lapangan selain filem misalnya Datuk Faridah Merican.
    Rosyam Nor

    “Industri kreatif memerlukan tokoh yang memahami lingkaran industri dan ekonomi kreatif ini sepenuhnya, bukan orang politik. Industri ini adalah industri intelektual yang melibatkan keperluan sebuah gerakan yang serius dan genius.

    “Aznil Haji Nawawi bukan sahaja seniman dan artis yang mendapat sokongan masyarakat, malah mempunyai pendidikan tinggi yang mampu merencanakan pemikiran dan tindakan sewajarnya bagi pemajuan industri ini.

    “Aziz M Osman selain dari kemampuan sebagai pemain utama dalam industri, dia mempunyai kepimpinan dan kebolehan yang sangat dinamik dan pragmatik, menjadi contoh penglibat seni budaya tanah air yang serius dan berpandangan jauh. Beliau adalah ciri pemimpin yang boleh membantu usaha memajukan industri.

    “Begitu juga Rosyam Nor, selain daripada seniman yang cemerlang, beliau turut berjaya dalam industri seni budaya tanah air dengan segala macam produk dan penerbitan, malah telah menjayakan pemajuan industri kreatif secara tersendiri. Beliau telah menunjukkan arah yang tepat dalam membawa industri ini.

    “Kedudukan ini sama dengan Erma Fatima, begitu juga Faridah Merican. Mereka adalah sosok tokoh seniman yang berjuang memartabatkan industri kreatif secara dinamik dan pragmatik maka wajar untuk menempatkan mereka dalam menguruskan industri ini ke masa depan yang lebih berjaya,” katanya.

     

    17 comments

    • Bukit Bunga  •  Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan  •  2 months ago
      Saya mencadangkan Sdr. Rosyam Noor.(cadangan ditutup) ada bantahan sila kemukakan dlm tempoh 14hari kpd Seniman......
    • Ahmad  •  3 months ago
      apa benda semua ini, sanator seni apa faedah semuaini bagi negara,lepas ini ada pulak senator pejaja tepi jalan,senator penjual obat traditional,sanator ilmu ghaib.kalau nak berpolitik bertanding dalam pilihanraya biar pengundi menentukan sebab elaun mereka datang dari poket rakyat ada kalanya yg dipilih rayat pun tak ada qualitinya sebagai ahli parlemen ini pulak yg main tangkap muat..jangan sampai ada senator mewakili pendatang tampa izin dan senator mewakili penagih dadah mungkin ada yg berpendapat mereka ini perlu pembelaan juga..
      • Hariri 3 months ago
        Mad, ko terlupa satu lagi senator utk gay ke @ yg suka belah belakang je.
      • Ahmad 2 months ago
        hehehe tq Hariri...yg ni memang saya terlupa.
      • kantoi_kinte 2 months ago
        mad zaman la ni dewan senat tpt org test market dulu ... mcm cup prix dah menang baru masuj GP ...
    • sunat  •  3 months ago
      Ada Suku kaum di Malaysia (warganegara) pun tiada wakil di parlimen. Apake jadah perlu satu lagi wakil untuk artis.
    • CikuRahim  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Belajarlah untuk terima hakikat kemampuan kita. Sunat memang layak jadi PM 1 hari nnti. Harap sunat boleh sediakan senator untuk semua suku yang ada di malaysia. Pada pengkarya-pengkarya seni, berjuanglah untuk kepentingan masyarakat. Mulakan dengan niat yang betul, dan akhirkan dengan jasa yang berbekas. Terima kasih.
    • Peniaga Kecil  •  3 months ago
      industri seni perlukan senator ? untuk brape ramai artis ? 500,00 ? rasa x sampai 1,000 pun. Industri hiburan tanahair sekarang ni x mengangkat martabat Malaysia ke mana-mana pun. Kalau zaman P. Ramlee dulu setuju gak aku kalau ada senator. Filem Malaysia dikenali oleh orang luar. Zaman sekarang ? Balik2 cerita hantu, jembalang, toyol. Nasib baiklah Maria Farida masih menten. Heheehehe
    • Airil Haimi @ Teech  •  Kampung Lambur Kanan, Perak  •  3 months ago
      “Aznil Haji Nawawi bukan sahaja seniman dan artis yang mendapat sokongan masyarakat, malah mempunyai pendidikan tinggi yang mampu merencanakan pemikiran dan tindakan sewajarnya bagi pemajuan industri ini."

      Satu UNDI untuk Aznil...
      • kantoi_kinte 2 months ago
        tak payah masuk dewan senat pun tak pa... diorg bole keluar masuk tv bila-bila bole bercakap apa-apa pun
    • alidavidd  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      sempoi bila masuk audition kena kutuk dengan di org yg hebat2 ni.semunya tak kena.bagus jugalah teguran yg membina.tapi di ruangan ni saya nak komen sekit Dr Abu Hasan punya ceremin mato tu macam goggle meyelam tak pun cam safety glass.Caya lah Doktor.
      • nordiN 2 months ago
        Alidavidd, ingatkan aku sorang jer pikir camtu....hahahaha.
    • emtiar  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  2 months ago
      Makhluk, selain hamba Allah yang taat kepada Perintah-Nya, semuanya HINA pada sisi-Nya.
    • MISS THOR  •  2 months ago
      senator longkang ada ka? dapat grant tak?
    • Mohd Zulhasme  •  Kapar, Selangor  •  2 months ago
      negara kita kan suka bg gelaran2 apa2 je pd sape2 yg x perlu pun utk itu...tgklah SRK pn dpt title datuk...hahahah.lawak sungguh negara kita ni kan...
    • VaNisHinG_GuY  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      bla,bla,bla
    • Wunan  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      oi kome..doyan dah bebungee..
    • Malaysia Bersatu  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      NAMA2 YANG DI SEBUT, AZIZ, AZNIL, ERMA DAN LEBIH2 LAGI ROSYAM ADALAH TAK SESUAI. KAJI LATAR BELAKANG MEREKA. BANYAK KONTROVERSI. CARI YANG BERINTEGRITI. CARI TOKOH YANG SETARAF DGN TAN SRI JINS.
      • mr izam 2 months ago
        err kalau norman kru boleh ke ?
      • kantoi_kinte 2 months ago
        tak dak sorang pun yang tiada cerita sensasi... kalau ar badul ok tak
    • Abe  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  2 months ago
      Datuk Yusof Haslam ok jugak untuk dicalonkan.
    • Abe  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  2 months ago
      Betul...kita perlu ada senator yang mewakili penggiat seni tanah air untk membela nasib, kemajuan, kedaulatan, ketinggian mutu hasil seni dan yang lebih penting meningkatkan MORAL artis-artis melayu yang dah hilang tatasusila...rata-rata nak jadi macam mat salleh, free life...bertatoo dan lain-lain.
      Untuk itu saya cadang Dato Siti norhaliza yang bercharisma, rekod bersih dan professional.
    • matbon  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      Alahai !!!!!!!!!!! bukan apa, saja nak tunjuk baik. Takde Dewan Negara pun tak apa, takde faedahnya. Ini politik British, mengapa kita Malaysia tak bolih berubah ?
    • Malikulroza  •  Kuala Lumpur, Kuala Lumpur  •  3 months ago
      pilih je OSBON, meriah sikit. serious jer

    Most Popular

    • Prince William, Kate dress up for UK Olympic team
      Prince William, Kate dress up for UK Olympic team

      Prince William and the Duchess of Cambridge have dressed to the nines to support the British Olympics team at a gala dinner.

    • 4-minute 'The Amazing Spider-Man' super preview hits the web

      A ‘super preview' of 'The Amazing Spider-Man' was premiered on the US television show 'America's Got Talent' on 14 May.

    • Top 10 diet foods that can make you fat
      Top 10 diet foods that can make you fat

      You’ve cut back on chocolate, chucked out the biscuits and raided your nearest health food store, so why aren’t you losing those pounds? Unfortunately, even with the best intentions, you could be sabotaging your weight loss with the wrong foods. They might look and seem healthy, but that’s not always the case. Check out the top 10 diet foods that could pile on the pounds.

    • Oscar Leung accused of rape
      Oscar Leung accused of rape

      Hong Kong TVB actor has been rumoured to be involved in a rape case

    • Lady Gaga gagged in Indonesia after Islamic opposition
      Lady Gaga gagged in Indonesia after Islamic opposition

      JAKARTA (Reuters) - Pop star Lady Gaga has been refused a permit to perform in the Indonesian capital next month over security concerns, police said on Tuesday, after Islamic groups voiced strong objections to her "vulgar" style. Three Islamic groups have expressed their opposition to the concert on June 3, demanding it be stopped, national police spokesman Saud Usman Nasution said by telephone. Indonesia, a secular state, has the world's largest population of Muslims as well as significant minorities …