“Ia adalah isu lama yang berbangkit.”
Begitu ulas Datuk Siti Nurhaliza mengenai pertikaian peminat tentang imej dan penampilannya yang separa bertudung. Bagi kebanyakan peminat, ramai yang berharap agar penyanyi nombor satu negara itu bertudung dengan sempurna, sementara sebahagian lagi boleh menerima penampilan Siti dengan baik.
Bagaimanapun isu pemakaian tudung Siti kembali menjadi hangat selepas sekeping gambar yang dimuat naik oleh Siti sendiri dengan menampakkan sebahagian rambutnya dalam laman sosial Instagram peribadinya menjadi perdebatan di kalangan peminat. Macam-macam pandangan yang dilemparkan, sehingga menimbulkan sedikit kontroversi apabila ada yang mendakwa rambut wanita bukan aurat.
Sudah terbiasa dengan situasi tersebut, Siti dengan tenang meminta agar semua peminatnya menerima penampilan dirinya yang memang belum bertudung sepenuhnya sejak beberapa tahun lalu.
Ujarnya: “Saya sedar bahawa timbul beberapa komen negatif mengenai gambar saya dengan menampakkan rambut dalam Instagram saya. Namun, seperti selama ini yang sering saya katakan, saya memang belum bertudung litup, tetapi sekadar mengenakan selendang.
“Jadi saya amat berharap agar peminat memahami dan tidak lagi membangkitkan isu ini.”
Siti bagaimanapun berkata: “Namun saya tetap mempunyai keinginan untuk menutup aurat dengan sempurna satu masa nanti.
Ditanya tentang pembatalan konsert Sami Yusuf yang membabitkannya pada 14 Julai lalu namun dibatalkan pada saat akhir, Siti melahirkan rasa kecewa kerana dia hanya dimaklumkan tentang pembatalan tersebut tiga hari sebelum konsert tersebut berlangsung.
Namun katanya dia percaya bahawa peminat Sami lebih kecewa kerana gagal untuk menyaksikan penyanyi kesayangan mereka itu beraksi di Malaysia buat pertama kali.
"Jika konsert tersebut akan kembali diadakan, saya sudi bekerjasama jika ia tidak berlanggar dengan jadual kerja saya yang lain," katanya yang berduet dengan Sami untuk lagu Here Came To You.
Sementara itu, saat ditanya mengenai perkembangan terkini, Siti memberitahu dia bakal muncul dengan produk kosmestik terkini dari jenamanya, SimplySiti selain memaklumkan akan berehat daripada mengadakan sebarang persembahan pada bulan Ramadan ini.
Siti tak berniat dedah rambut
By Kleopatra Zachariah | Yahoo Newsroom – Mon, Jul 16, 2012 12:18 PM MYTComments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.
- 'Akademi Fantasia' Musim ke-10 kembali bulan September
Selepas setia menemui penonton selama sembilan musim, rancangan terbitan Astro Ria itu bakal menemui peminat dengan ‘wajah baru’ pada bulan September.Selepas setia menemui penonton selama sembilan musim, rancangan terbitan Astro Ria itu bakal menemui peminat dengan ‘wajah baru’ pada bulan September.
- CANNES: Eva Longoria suffers no pants fashion flash at Cannes Film Fes …
© Getty - HandbagEva Longoria hit the rainy red carpet at Cannes Film Festival last night, but caught herself in a flesh-flashing fashion mishap while climbing the stairs.Joining fellow L'Oreal face Cheryl Cole at the premiere of Jimmy P. (Psychotherapy Of A Plains Indian), Eva lifted her split-to-the-thigh dress while ascending the steps to the screening, but sadly hitched things a little too high.At the front.No underwear and a hoard of photographers? Yes, we imagine you can guess what

