Sudirman pilihan Saw Teong Hin

  • Simply K-Pop : ♬ BTOB - 2nd Confession

    Simply K-Pop : ♬ BTOB - 2nd Confession

    Simply K-Pop : ♬ BTOB - 2nd Confession

    A little over a year since their debut in 2012, BTOB released a digi-single earlier in April for their fans. "2nd Confession" is a sweet song about a man hoping to confess his love for the 2nd time to an ex-girlfriend. …

  • Team Fukrey Launches The Song 'Jugaad'

    Team Fukrey Launches The Song 'Jugaad'

    Team Fukrey Launches The Song 'Jugaad'

    The cast of the upcoming movie 'Fukrey', Richa Chhadha, Vishaka Singh, Priya Anand, Ali Fazal, Manjot Singh, Varun Sharma and Pulkit Samrat were seen at the launch of the song 'Jugaad'. Producers Farhan Akhtar and Riteish Sidhwani were also present at the event. At the event they spoke about the song and what a gala time they had while shooting for the movie. …

  • Pills and Tattoos will Unlock Your Smartphone

    Pills and Tattoos will Unlock Your Smartphone

    Pills and Tattoos will Unlock Your Smartphone

    Motorola is developing a few alternatives to typing in an unsecured password. They involve popping pills and getting tattoos. The future is hardcore! …

Selepas memenangi dua anugerah di Festival Filem Malaysia pada tahun 2005 untuk filem "Puteri Gunung Ledang" di mana ia telah mengangkat namanya dan mengarah filem "Apa Kata Hati?" pada tahun 2008, nama pengarah filem Saw Teong Hin jarang sekali didengari dalam persada seni tanah air kerana tidak banyak menghasilkan filem seperti pengarah tempatan yang lain.

Walaupun sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam industri perfileman, Saw dilihat amat teliti dalam pemilihan filem yang dihasilkan kerana enggan membuat filem yang sama tanpa kualiti yang diinginkan.

Terbaru, pengarah berusia 49 tahun ini bakal muncul dengan sebuah filem muzikal, "Hoore! Hoore!" yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 24 Mei akan datang.

Ikuti temubual kami bersama Saw Teong Hin.

Hai Saw! Boleh ceritakan kesukaran yang anda lalui ketika mengarah filem "Hoore! Hoore!"?
Hai! Filem ini telah mengambil masa penggambaran lebih kurang 30 hari. Memandangkan ia adalah filem muzikal dan ada babak yang memerlukan ramai penari, ianya agak sukar untuk memberi arahan kepada krew dan pada masa yang inginkan tarian berjalan dengan lancar. Namun mujurlah kerana juru tari banyak membantu.

Siapakah yang memberi inspirasi untuk anda mengarahkan filem bercorak muzikal ini?
Setelah berbincang dengan penerbit dan melakukan beberapa perbincangan dan kajian, akhirnya mereka bersetuju dengan idea saya untuk melahirkan sebuah filem bercorak musikal yang diinspirasikan daripada Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Mengapakah Sudirman menjadi pilihan anda?
Kita sedia maklum, Sudirman merupakan penghibur lagenda yang tidak akan pupus dalam ingatan kita sebagai rakyat Malaysia. Sehingga kini, lagunya tidak pernah lekang dimainkan di corong-corong radio. Selain daripada itu juga, saya ingin mengingatkan kembali kepada generasi muda dengan lagenda seni tanah air seperti Sudirman yang pasti semakin dilupakan oleh anak muda zaman sekarang.

Mungkinkah ada beberapa buah lagu daripada Sudirman yang menjadi kegemaran anda?
Saya amat meminati kesemua lagu lagu beliau dan antarannya adalah "Balik Kampung", "Basikal Tua" dan juga "Sampaikan Salam".

Ramai sedia maklum bahawa anda sudah lama berkecimpung dalam industri filem sebagai pengarah, tetapi hanya pernah mengarah 2 buah filem sahaja sebelum ini.
Saya seorang yang idealistik. Saya tidak suka membuat perkara yang pernah saya lakukan sebelum ini. Sama juga seperti dalam bidang pengarahan. Saya tidak suka mengarah filem yang sama. Dalam tempoh 12 tahun saya bergelar pengarah filem, hanya tiga filem sahaja saya hasilkan termasuk filem yang akan datang iaitu "Hoore! Hoore!". Ada tawaran yang datang tetapi semuanya tidak kena dengan apa yang saya mahukan. Saya pegang prinsip iaitu jika kita tidak mampu untuk memberikan yang terbaik, baik jangan lakukan kerana ianya hanya merosakkan lagi industri perfileman kita.

Adakah anda mengejar populariti semata-mata ataupun inginkan duit menjadi pengarah?
Saya lakukan ini kerana minat yang mendalam terhadap pengarahan dan filem. Jika orang cakap mengarah kerana duit itu pandangan masing-masing kerana saya buat apa yang saya suka. Jika benar mahukan duit, baik saya lakukan perniagaan lain selain daripada mengarah yang secara jujurnya ia bukanlah satu pekerjaan yang senang. Saya lebih suka orang gambarkan saya daripada filem yang mereka pernah tonton daripada popular hanya disebabkan kontroversi.

Berbalik kepada penglibatan anda dalam bidang pengarahan ini, apa yang anda ingin ceritakan kepada mereka mengenai perkara yang orang ramai tidak tahu?
Sebelum saya menjadi pengarah, saya pernah bekerja di sebalik tabir di sebuah produksi di Pulau Pinang. Selepas itu, saya mula berfikir apa sebenarnya yang saya inginkan dalam bidang ini. Selepas lama berfikir, rakan saya mencadangkan saya untuk cuba menjadi pengarah memandangkan sikap saya yang gemar memberi idea dan arahan agar sesebuah filem itu berjalan dengan lebih lancar. Saya perlu berterima kasih kepada Datin Tiara Jacquelina kerana dari situlah orang mengenali nama Saw Teong Hin. Walaupun "Puteri Gunung Ledang" adalah filem pertama saya, dia berani memberikan tanggungjawab tersebut kepada saya. Sebelum menjadi pengarah, saya juga pernah mengarah klip video kumpulan rock terkenal seperti Scorpio dan banyak lagi artis di Singapura. Saya juga pernah terlibat dengan iklan televisyen seperti Toyota, Cadbury dan Nestle. Namun kini, fokus saya lebih kepada pembikinan filem.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk kami. Semoga berjaya untuk filem anda yang akan datang!
Sama-sama dan jumpa lagi!

"Hoore! Hoore!" akan berada di pawagam bermula 24 Mei 2012!

  • Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat Tue, Jun 18, 2013 6:11 PM MYT
    Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat

    Beg digayakan mengikut keadaan, situasi dan bergantung kepada personaliti seseorang individu. …

  • Lawan penuaan dengan buah-buahan
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Lawan penuaan dengan buah-buahan Tue, Jun 18, 2013 5:33 PM MYT
    Lawan penuaan dengan buah-buahan

    Lawan penuaan dan kulit gelap akibat faktor semulajadi dengan buah-buahan. …

  • Serlahkan kecantikan bibir
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Serlahkan kecantikan bibir Tue, Jun 18, 2013 5:11 PM MYT
    Serlahkan kecantikan bibir

    Serlahkan kecantikan bibir anda untuk tampak lebih muda dan mungil. …

  • Family: Country singer Slim Whitman dies at age 90
    TERRY SPENCER - Associated Press
    Family: Country singer Slim Whitman dies at age 90 40 minutes ago
    Family: Country singer Slim Whitman dies at age 90

    MIAMI (AP) — Country singer Slim Whitman, the high-pitched yodeler who sold millions of records through ever-present TV ads in the 1980s and 1990s and whose song saved the world in the film comedy "Mars Attacks!," died Wednesday at a Florida hospital. He was 90. …

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi. …

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.