Tangisan T-ara selepas penyingkiran Hwayoung

25 Okt - Saluran Mnet baru-baru ini telah menyiarkan sebuah rancangan yang bertajuk 'T-ara Confession', yang memaparkan perasaan ahli-ahli kumpulan T-ara sejak kontroversi penyingkiran HwaYoung melanda mereka kebelakangan ini.

Buat pertama kali, ahli kumpulan T-ara telah membuka mulut berkaitan kontroversi yang melanda mereka. Dalam rancangan yang telah disiarkan pada 20 Oktober itu, terdapat juga paparan berkaitan kunjungan pertama T-ara ke Malaysia baru-baru ini.

Soyeon selaku ketua kumpulan T-ara dengan berhati-hati membuka topik tersebut dengan mengatakan, "Sejujurnya, kami ingin meminta maaf tentang banyak perkara kepada peminat kami. Baik di Korea mahupun peminat kami di seluruh dunia, kami minta maaf kerana membuatkan anda semua risau."

Menurut Soyeon lagi, mereka sangat berterima kasih dan berasa terharu dengan segala kata semangat yang telah diberikan. Ramai peminat ingin mereka untuk terus menjadi kuat dan ceria walau apa pun halangan dan kontroversi yang melanda.

Sedikit sebanyak, mereka berasa sangat bersalah kerana telah menimbulkan kerisauan dikalangan peminat setia mereka. Mereka juga bertekad untuk memberikan usaha yang lebih baik di masa hadapan sebagai salah satu cara menunjukkan rasa penghargaan kepada semua peminat mereka.

Hyomin dalam nada emosi sedih yang ketara berkata, "Perkara ini baru sahaja berlaku. Sudah tentu terdapat sedikit salah faham dan perkara lain yang berlaku. Perkara sebegini tidak pernah kami bayangkan akan berlaku. Hubungan kami sesama ahli tidaklah seburuk yang telah diperkatakan. Setiap kali berada bersama-sama di atas pentas, kami dapat merasakan yang hubungan kami telah menjadi semakin rapat.Kami sama-sama ingin menaikkan nama T-ara dan berjanji akan terus memberikan yang terbaik kepada peminat," ujarnya tanpa dapat menyembunyikan tangisannya.

Ketika mendengar kata-kata Hyomin, ahli kumpulan T-ara yang lain juga tidak dapat membendung tangisan mereka apabila mengenangkan kontroversi yang baru sahaja berlaku.

Soyeon membuat kesimpulan tentang keadaan kumpulan T-ara sekarang, "Waktu dulu, kami berdiri di atas pentas yang kami impikan, tapi kini kami berdiri di atas pentas untuk mereka yang menjadi tulang belakang dan sumber kekuatan kami selain mereka yang sentiasa menyokong kami tanpa batas. Mereka adalah peminat kami yang sangat dihargai."

Setelah Soyeon membuat kesimpulan itu, ahli T-ara yang lain cuba mengelap air mata mereka dan terus meringankan topik wawancara dengan bercakap tentang pelbagai perkara lain. Mereka membuat keputusan untuk meredakan suasana dan berbual sesama mereka. Jelas kelihatan mereka tidak berlakon mesra semata-mata di hadapan kamera apabila dalam rancangan tersebut keakraban mereka sangat terserlah dan tidak seperti dibuat-buat.

  • Maskara kekal selama 72 jam
    Siti Munawirah Mustaffa - Tupai
    Maskara kekal selama 72 jam 9 hours ago
    Maskara kekal selama 72 jam

    Maskara yang diperbuat dengan menggunakan teknologi 'PermaHold' ini boleh kekal di bulu mata selama 72 jam.

  • Keluar dengan solekan minimum
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Keluar dengan solekan minimum Sat, May 18, 2013 9:44 AM MYT
    Keluar dengan solekan minimum

    Mungkin ramai berpendapat seseorang selebriti itu perlu sentiasa berdandan dan kelihatan cantik, namun ada berfikiran sebaliknya.

  • Baskin Robbins' Movie Popcorn
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Baskin Robbins' Movie Popcorn Fri, May 17, 2013 5:33 PM MYT
    Baskin Robbins' Movie Popcorn

    To all popcorn and ice cream lovers, the time for a combination of the two has come! The folks at Baskin Robbins have managed to mix your favourite movie snack with your favourite frozen dessert into their new Movie Theatre Popcorn flavor, which is also their flavour of the month! The Movie Theatre Popcorn ice cream tastes like corn-flavoured ice cream, but with a crunchy kick to it. It is described as vanilla ice cream blended with popcorn, swirled with a savory caramel ribbon, and loaded with

  • Indian cinema on a mission at Cannes to dispel Bollywood image
    Belinda Goldsmith - Reuters
    Indian cinema on a mission at Cannes to dispel Bollywood image 2 hours 3 minutes ago
    Indian cinema on a mission at Cannes to dispel Bollywood image

    By Belinda Goldsmith CANNES (Reuters) - Indian movie actors and a new wave of directors are on a mission at the Cannes film festival - to show that their industry, which turns 100 this year, is more than just Bollywood. The largest Indian contingent to date is on the French Riviera at the world's leading cinema showcase to promote their country, which has the world's biggest film industry, making over 1,000 films a year compared to about 600 in Hollywood. ...

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.