Tiket "Lawak Ke Der 2" laris dijual

14 Sep – Selepas "Lawak Ke Der" musim pertama mendapat sambutan hangat orang ramai, 2,000 tiket pementasan komedi "Lawak Ke Der 2" yang bakal diadakan pada akhir bulan September ini telah laris dijual dalam masa empat hari sahaja.

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani mengatakan persembahan barisan pelawak terkenal tempatan itu sememangnya dinantikan penonton walaupun jualan tiket baru sahaja dibuka, seperti yang dibuktikan dengan jualan laris tiket.

"Ini adalah tanda-tanda bahawa persembahan itu nanti akan menjadi perhatian daripada penonton dan tiket dijangkakan akan habis dijual sepertimana yang berlaku semasa musim pertama.

"Perkembangan ini adalah bukti pementasan berkonsepkan komedi mula mendapat perhatian ramai dan keputusan untuk membawa kembali mereka ke pentas Istana Budaya adalah daripada permintaan peminat," ujarnya dalam satu sidang media yang berlangsung baru-baru ini.

Tambahnya lagi, elemen nilai-nilai murni akan turut diselitkan dalam persembahan pentas itu nanti sebagai pengajaran kepada penonton, terutama sekali bagi golongan kanak-kanak.

Pementasan yang bakal bermula daripada 28 September sehingga 3 Oktober dan bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya sekali lagi menampilkan Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), Jozan (Johan dan Zizan Razak) serta Harith Iskander.

Pada musim baru itu juga, pihak Istana Budaya akan menambah dua persembahan siang pada 29 dan 30 September yang bermula pada pukul 3 petang, sebagai penghargaan kepada sokongan yang diberikan penonton.

Tiket persembahan malam boleh didapati dengan harga RM43, RM83, RM123, RM173 dan RM193. Manakala tiket persembahan petang pula berharga RM33, RM53, RM73, RM83 dan RM123.

Sesiapa yang ingin membeli tiket boleh layari laman www.ticket2u.biz ataupun hubungi 03-4147 8600.

  • Gambar Marilyn Monroe dicuri
    Ashraf Nasser - Tupai
    Gambar Marilyn Monroe dicuri 1 hour 59 minutes ago
    Gambar Marilyn Monroe dicuri

    Sebahagian barangan pameran simbol seks terkenal Marilyn Monroe telah dicuri ketika dalam perjalanan ke Prague, Czech Republic.

  • Selebriti cipta nama di negara orang
    Syahida Kamarudin - Tupai
    Selebriti cipta nama di negara orang 6 hours ago
    Selebriti cipta nama di negara orang

    Selebriti di bawah tidak dilahirkan di negara yang telah mempopularkan mereka.

  • Selebriti memiliki lesen juru nikah
    Syahida Kamarudin - Tupai
    Selebriti memiliki lesen juru nikah Sat, May 25, 2013 3:18 PM MYT
    Selebriti memiliki lesen juru nikah

    Sesetengah selebriti juga mempunyai lesen untuk menjalankan upacara perkahwinan orang lain.

  • Johnson: Surgeon cleared hardcore workouts
    Johnson: Surgeon cleared hardcore workouts

    Dwayne ‘The Rock’ Johnson is hitting the gym hard again after getting the all-clear from doctors little over a month after undergoing emergency hernia surgery.

  • Miranda Kerr: Orlando is spiritual
    Cover Media
    Miranda Kerr: Orlando is spiritual 8 hours ago
    Miranda Kerr: Orlando is spiritual

    Miranda Kerr has gushed about how perfect her husband Orlando Bloom is.

  • HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut
    Armani Shahrin - Tupai
    HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut Sat, May 25, 2013 3:50 PM MYT
    HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut

    Trend mewarna rambut dengan 'hair chalk' semakin popular dan senang dilakukan.

  • Rooney Mara muka baru Calvin Klein
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Rooney Mara muka baru Calvin Klein Fri, May 24, 2013 11:11 AM MYT
    Rooney Mara muka baru Calvin Klein

    Pelakon Rooney Mara sekali kerja lagi bersama David Fincher untuk iklan minyak wangi Calvin Klein terbaru.

  • Cherry blossom ice cream
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Cherry blossom ice cream Thu, May 23, 2013 5:33 PM MYT
    Cherry blossom ice cream

    It is almost the end of Japan's enviable cherry blossom season, which means there will be no more cherry blossom-related products available at your nearby Japan-themed stores like 100 Yen. But if you hurry you might be able to taste some of the unique cherry blossom treats in Malaysia. One of the yummiest treats with the theme is the cherry-blossom ice cream in Kuala Lumpur's Corus Hotel. Komura's Cherry Blossom ice cream.

  • Little-known Slovak wines outsparkle global competitors
    Tatiana Bednarikova - AFP News
    Little-known Slovak wines outsparkle global competitors 2 hours 7 minutes ago
    Little-known Slovak wines outsparkle global competitors

    Deep shades of red and vermilion catch the light as connoisseurs raise their half-full glasses to examine the colour of the wine before sinking their noses in to inhale enticing aromas.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.