![]() |
16 Ogos – Seringkali kita tertanya-tanya, bagaimana hidangan di restoran masih boleh kelihatan menyelerakan, walaupun rasanya tak seenak mana? Dan mengapa masakan di rumah tidak kelihatan 'secantik' masakan di hotel?
Ketahuilah, bahawa anda tidak perlu menjadi chef terkenal untuk memahirkan diri dalam seni menghidang. Menurut Aldy Moyla, seorang penggaya makanan, teknik menghias yang asas sering digunakan di restoran dan rancangan masakan.
Dengan menggunakan pasta sebagai contoh, anda hanya perlu menaburkan sedikit rempah serta baji buah lemon untuk menghasilkan imej masakan yang memukau.
Saiz dan jumlah hidangan juga memainkan peranan untuk menarik perhatian si pemakan. Hidangan yang kelihatan berselerak dan sesak selalunya tidak memberikan kesan yang menyelerakan.
Begitu juga dengan pencahayaan yang ada di tempat makan, ianya turut berperanan dalam memberikan 'mood' selera.
Sayuran dan buah-buahan adalah antara hidangan yang paling senang digayakan disebabkan kombinasi warna dan bentuk yang pelbagai. Dengan sedikit kreativiti, anda sudah boleh menghasilkan kombinasi hidangan yang tentu menarik perhatian.
Walaupun dilihat sebagai perkara kecil, namun menurut Moyla, rupa hidangan sedikit-sebanyak mempengaruhi si pemakan dari segi rasa kerana mengikut psikologi, kita sebenarnya 'makan' dengan mata dahulu, bukan dengan perut.



Best Travel Stories